WMoto jenama keluaran MForce Bike Holdings Sdn Bhd kali nih loncing (Launching) sebijik lagi motor baru. Buat Raida2 yang mencari jentera ‘Dual Purpose’/Masok Utan boleh, masok Town boleh, maka inilah jentera yang wajib Lu Orang mileki dengan segera Nohhh!
Terimalah… WMoto SX2 300i !
Jentera ni sekali imbas (kat bahagian belakangnya) dah macam nak menyerupai jentera milek Kamen Raida Black yaitu Grasshopper. Kepada peminat Kamen Raida Black, kompom meleleh ayaq mata tengok jentera ni heh! Okay, WMoto SX2 300i nih datang dengan agak lumayan bagos untok Lu Orang. Pertama sekali yang bagosnya adalah tang harga lah. Jentera berkapasiti 292.4cc nih dijual dengan harga RM 18,888 (tak masok rodtek dan insuran). Rasanya harga nih amatlah mampu milek buat Raida2 yang berkiblatkan jentera OnRoad dan Offroad. Iyalah… motor jenama baru kan, harganya mestilah kompetitif.
SX2 300i datang dengan tangki 11 liter, swing arm yang berintensiti tinggi, Tayar depan rim 19, tayar belakang rim 17 dengan bunga tayar stail offroad, port USB, Skrin meter LCD dan paling best adalah fungsi Anti Lock Brake System (ABS) untok depan dan belakang. Ini memang senmper!
Masa majlis ‘loncing’ motor nih kat Sendayan Xtreme Park Negeri Sembilan, ada dua tiga orang Raida motokross profesional dok testing jentera ni kat trek. Lepas depa berenti testing, teroslah Gua menghampiri Raida2 tuh untok dapatkan komen dan feel dorang masa test motor nih. Antara feedback yang dorang bagi adalah, jentera nih memang agak mengejotkanlah performance dia. Pikapnya agak kuat, saspenshennya agak stabil dan paling syok adalah, performance jentera SX2 300i nih langsong tak sama dengan jentera2 Offroad lain. Maknanya SX2 300i nih berdiri dalam stail dan kelasnya yang tersendiri.
Salah sorang Raider lagi mengatakan bahawa jentera nih janganlah dibandingkan dengan jentera Offroad yang lain sebab ianya bukan seratos peratos jentera Offroad. Ni adalah jentera Dual Purpose dan bagi sebuah jentera yang sebegini, performancenya agak terbaiklah. Okay, bila Raida2 profesional motorkross memberikan komentar sebegini, maka Gua taknak cakap banyaklah. Rekemen sangatlah buat sesapa yang berjiwa Skremblerisme!
Satu lagi nak bagitau adalah, kot-kot lah ada skeptikal ataupon was-was kononnya ini jentera buatan China, dan takot nanti spepat tadak, takot pomen takmau repair kalau rusak ka apa ka, nih nak bagitau bahawa jentera SX2 300i ni telah menjadi jentera peronda ATM (Angkatan Tentera Malaysia) di semua sempadan Malaysia. Sebelom jentera nih dilancarkan secara umom, ATM telah lebeh awal bikin test ride untok beberapa sessi, dan akhirnya setelah semuanya mencapai SOP, ATM akhirnya setuju menggunakan jentera nih sebagai jentera untok kegunaan di sempadan perbatasan negara Malaysia termasok Sabah dan Sarawak. Kini, dah lebeh 300 unit telah dibekalkan kepada ATM. Maka, bila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pon pakai jentera nih, Gua takmau kata apa dah lah. Terbukti ada kualiti lah motor nih Nohhh!
Okay, ada 3 warna pilehan yaitu Puteh, Merah dan Hitam.
Teros Rock N Ride Bersama WMoto SX2 300i Nohhh!
Comments
Loading…