in

DENGAN HARGA 14,998.00, INILAH YAMAHA R15-M, SPORTBIKE TERBAIK UNTOK KELAS 155cc.

Jentera Yamaha R15-M ni kalau tak silap dilancharkan di Singapura sekitar Februari dulu (kalau tak silap, kalau silap mohon maaf). Hanya selang beberapa bulan saja, kini ianya dilancharkan pulak di Malaysia oyeahhh! Ini pastinya memberikan satu keterujaan buat peminat2 sportbike, terutamanya buat Raida2 yang teringin nak feeling ala2 motoGP. Serious, R15-M adalah bayangan Yamaha R1-M tapi dalam enjin versi 155cc.

Majlis pelancharan dibuat di sebuah pitstop area Shah Alam, dan dihari pelancharan tersebot, turot hadir adalah wakil2 (VIP) dari MIROS. Kehadiran pehak MIROS adalah untok menganugerahkan penarafan 5 bintang kepada jentera Yamaha yang memenohi kriteria keselamatan bagi jentera2 keluaran mereka. Ini adalah kerjasama yang amat baik antara pehak Hong Leong Yamaha dan MIROS dalam isu2 keselamatan (sesebuah jentera) dijalanraya.

Jentera R15-M ini datang dengan DUA warna yaitu warna Silver (Signature M) dan jugak warna berkonsepkan Monster Energy. Dijual dengan harga dibawah 15K atau lebeh tepat lagi RM14,998.00, jentera berkapasiti 155cc ini dilengkapi dengan banyak ciri2 yang best, antaranya sistem brek ABS (Antilock Brake System) dua hala, Quickshifter (macam motor resing dok pakai tu) dan beberapa lagi ciri menarek.

Pehak media diberi peluang untok mengeTEST jentera ni dihari pelancharan tersebot. Gua sendiri telah mencoba terai test dan komen Gua adalah, mesin ini memang dibina mengikot spesifikasi ala-ala jentera Superbike Yamaha R1-M/R7. Dudok saja atas seat, terasa padat dan mantap, pegang handle terasa seperti sedang berada di starting grid Sirkit Sepang, pulas throttle terasa ringan saja dia bergerak dan paling best masa ambik koner, terasa macam nak turon saja lutot ni. Serious bro, postur body jentera nih memang bikin konfiden untok turon lutot ke aspal. Tapi nasib baiklah Gua cepat tersedar dari lamunan terhenti Aris Ariwatan. Trek yang kami guna untok testride tu hanyalah kawasan parking, so memang cari pasal lah kalau dok buat chempien tak tengok tempat Nohhh!

Lepas Gua test secara solo, Gua ambik kesempatan untok test dudok kat belakang, konon ingin merasai sendiri bagaimana perasaan kalau motor nih ditunggang oleh sepasang suami isteri/couple ride. Maka, Gua ajak sorang member media, suroh dia bawak motor dan Gua naik dok kat belakang motor nih. Amazingly Gua cakap Lu bro ! Seat belakang tu alahaiiii.. seciput aja size dia. Tapi bila bontot Gua terletak aja atas seat comel tuh, rasa macam dudok atas motor Kapcai aja. Tak terasa macam sengsara atau terkemut2 atau tertonggek-tonggek. Raider yang bawak motor pon tak rasa terbeban, lengan tak stress sangat, seolah2 macam bawak Naked Bike ajer nye yerrr. Dengan testimoni ini, maka Gua berani rekemen kat Raida2 luar sana, bahawa jentera sportbike nih amat sesuai untok suami isteri sebab ianya selesa. Lepas nih, kalau Lu Orang beli motor nih, jangan dok tinggai bini pulak Nohhh… Alasan kesian kat bini yang dok belakang (sakit pinggang dan lain2) rasanya dah tak relevan dah keh keh keh!

Okay, itu serba sikit review jujor dari Gua untok jentera terbaru Yamaha R15-M nih, dan kepada yang dah terliur dengan jentera nih, cepat2 lah ke kedai berhampiran untok berkenalan rapat sambil tengok2 dan pegang2 jentera padu ni Nohhh!
Pembeli jentera R15-M ini akan automatik didaftarkan dalam program M-CRU, dimana program ini akan membolehkan ahli2 untok follow banyak aktiviti2 bersama Yamaha.

Rock N Ride !

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

WMOTO SX2 300i JENTERA DUAL PURPOSE DENGAN ABS DEPAN BELAKANG! HARGA RM18,888 OYEAHHH!

PEKETUM MC : Ride N Camp Kampong Rening