in

ROCK N RIDE BERSAMA SUZUKI FX125!

Jentera yang digunakan oleh brader kita nih buleh dikatakan agak rare lah. Suzuki FX125 boleh dikategorikan sebagai Kapcai Lincah Berprestasi Tinggi pada zaman tuh. Tapi disebabkan jenama lain lebeh terkehadapan dalam bidang pengiklanan serta stailo dalam bidang aksesoris, maka jentera power nih hanyalah sekadar dipinggiran saja lah.

Okay, Brader Hermizi ataupon Miji Motosepot nih adalah antara watak2 yang agak ada nama jugak lah dalam dunia permotoran retro Malaysia. Pernah menjadi penolong ketua kelas ketika darjah satu di Kelantan, pernah menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan bolasepak di kampongnya dan ketika usianya mencecah 15 tahon dia berjaya memasoki tingkatan 3 di salah sebuah sekolah menengah. Kini, dalam arena motor retro Malaysia bermazhab Suzuki Panther, nama Miji Motorsport agak dikenali ramai jugaklah sebagai pomen paling murah dengan senyoman. Tapi haros diingat bahawa Miji bukanlah pomen sepenoh masa, dia ada kerja lain yang pastinya ada pencen dihari tua Oyeahhh!

Idea untok Rock N Ride berdua dengan Isterinya datang secara tiba2 katanya. Plan asal tu hanyalah untok menghadhiri kenduri rakan dorang di Ipoh Perak. Tapi sebelom keluar dari rumah (rumah dorang di Kajang Selangor), Miji dan bini dia dah ada plan dalam hati masing2. Plan tu adalah nak bikin ridemengikot angin berhembos lepas makan kenduri. Dengan kata lain, lepas makan kenduri di Ipoh, dorang nak lajak lah ride kemana2 tempat. Dalam planning awal, nama2 macam Cameron Highland dan Penang lah yang dok bermain dipikiran. Tapi ntah camna, Depa teringat Kebon Kapcai Campsite nun jauh di Perlis Indera Kayangan. Nohhh! Tanpa banyak pikir, lepas kenduri di Ipoh tu, teros aja dorang gerak ke Utara, dan sememangnya mereka nak lajak teros ke negeri paling utara yakni Perlis lah.

Dengan jentera rare Suzuki FX125 yang dikeluarkan pada 1997 nan silam, Miji dan Isterinya singgah sekejap di sempadan Perak dan Kedah atau lebeh tepat di daerah Selama/Forever. Esoknya dengan lafadz Bismillah, depa bertolak menuju ke Sanglang Perlis dan sekitar jam 2.30 petang sampailah kedua mempelai di Kebon paling rabak didunia. Selamat Datang Ke Kebon Kapcai Campsite Survival!

Niat dorang berdua adalah untok ber’camping’ di Kebon Kapcai Campsite. So, pehak Kebon Kapcai Campsite sangatlah berbesar hati dengan semangat Rock N Ride yang ditunjokkan oleh mereka laki bini. Walaupon pada sebelah malam tu ada hujan yang agak lebat, tapi disebabkan niat dan matlamat utama dorang yang nak sangat berCamping di Kebon Kapcai Campsite, maka bermalamlah mereka berdua disitu dengan penoh suasana romantika oyeahhh!

Dah kebetolan Dorang bawak motor Rare tu, maka Gua pon nak review lah sikit pasal motor tu Nohhh! Okay, jentera Suzuki model FX125 ni dikeluarkan pada 1997, dan jentera nih telah direstore semula oleh Miji dengan agak senmperrr. Ada beberapa part yang telah dikacokkan dengan model lain demi memberikan lebeh kepuasan ketika bikin long ride. Antaranya adalah set tayar depan beserta fork, ianya adalah dari model Yamaha 125Z serta Yamaha LC135. Muffler Ekzos pulak adalah dari Suzuki Belang, manakala monoshock adalah dari Yamaha 135LC.

Menurot Miji, jentera nih agak banyak jasa untok mereka laki bini. FX125 nih dah banyak kali masok siam dah, keliling Malaysia pon dah kerap sangat dah. Memang puas sangatlah bawak motor nih sebab enjinnya pawer yakmattt! Kalau naik/mendaki kawasan berbukit, sebagai contoh naik Cameron lah, jentera FX125 nih rilek dan stedi aja naik. Pulas aja dan ia akan naik tanpa sebarang reaksi meneran mahupon under power. Inilah antara kehebatan Suzuki FX125 nih. Kalau time nak kickstart pon, kita buleh nampak sendiri bahawa jentera nih dia punya compression tinggi. Dah macam start jentera motorkross dah dia punya bidas. Kena hati2 betol lah masa tendang kickstart tu. Silap haribulan buleh lebam tulang kering Nohhh!

Semoga mereka laki bini akan teros Rock N Ride lepas nih. Dan semoga kita2 yang dok baca dan tengok gambar2 dorang nih akan ikot jejak mereka la lepas ni Nohhh!
Rock N Ride! Empiiii!

rk

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

QJMOTOR SRT800 VERSI STANDARD DAN X UNTUK PASARAN TEMPATAN, HARGA BERMULA RM39,888.

APRILIA DATANG LAGI DENGAN DUA MODEL SENMPERRR !