in

APRILIA DATANG LAGI DENGAN DUA MODEL SENMPERRR !

DIDI Group, pengedar tunggal jenama motorsikal popular Aprilia yang berpusat di Itali, hari ini telah melancarkan dua model baharu mereka untuk pasaran Malaysia.

Model pertama ialah skuter Aprilia SR GT 200 yang sesuai untuk kegunaan didalam bandar atau diluar bandar dan juga sesuai untuk kegunaan lasak “off road”. Skuter ini dibekalkan dengan enjin 174cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api, bersama transmisi jenis CVT yang berupaya mengeluarkan kuasa sehingga 17.4 hp @ 8,500 rpm dengan daya kilas 16.5 Nm @ 7,000 rpm. Kuasa yang agak besar bagi sebuah skuter 174cc ini mampu mengharung pelbagai rupabentuk permukaan jalan termasuk laluan yang berliku, tidak rata, berlopak atau berbukit bukit tanpa masalah. Dengan muatan tangki penuh sehingga 9 liter skuter Aprilia ini juga sangat sesuai untuk penunggang yang suka berjalan jauh untuk balik kampong atau berkonvoi kesana kesini itulah inilah pada hujung minggu.

Tayar dan rim pulak adalah bersaiz normal (14 inci dan tayar 110/80 di depan dan rim 13 inci dengan tayar 130/70 di bahagian belakang) dan ditambah pula dengan pemasangan sistem suspensi teleskopik Showa 33mm dibahagian hadapan dan penyerap hentak berkembar boleh laras dibahagian belakang menjadikan skuter Aprilia ini mampu memberi keselesaan kepada penunggang untuk perjalanan jauh atau mengharung permukaan laluan yang tidak rata. Nak main kona pon agak konfiden lah.

DIDI Group membawa dua versi untuk pilihan peminat skuter di Malaysia iaitu Aprilia SR GT 200 Standard dan Aprilia SR GT 200 Sport. Aprilia SR GT 200 standard datang dengan warna Hitam, Infinity Blue, Street Grey dan rim berwarna hitam. Aprilia SR GT200 versi Sport pula hadir dengan warna Street Gold, Red Raceway, Iridium Grey dan rimnya pulak berwarna merah2 delima merah lagi hati yang melehatnya oyeahhh.

Antara ciri ciri menarik yang terdapat pada skuter Aprilia SR GT 200 ini ialah :

– Kuasa Kuda 17.4
– Brek ABS(hadapan)
– Ruang barang 25 liter(bawah tempat duduk)
– Tangki 9 liter
– Paparan meter digital LCD.
– Lampu LED
– Pengecas USB
– Lampu amaran(Passing light)
– Lampu belakang LED
– Pemijak belakang lebih besar

Harga bagi Aprilia SR GT 200 Standard ialah
RM19,900 manakala untuk Aprilia SR GT200 Sport pula ialah RM20,900.

Aprilia Tuareg 660

Pada hari yang sama, Didi Group turut melancar Aprilia Tuareg 660, sebuah motorsikal adventure kelas sederhana dengan kapasiti enjin 659cc. Jentera ini nampaknya bakal memberikan pilehan buat Raida2 Malaysia yang nak upgrade lah. Maklomlah sekarang nih buleh dikatakan banyak sunggoh jentera2 berkuasa lebeh 600cc dipasaran untok dipileh. Maka, pilehlah dengan sebaiknya ikot kegemaran masing2.

Spesifikeshen Aprilia Tuareg 660 :
– Enjin dua silinder DOHC 659 cc
– Kuasa Kuda 80 hp pada 9,250 rpm dan 70 Nm tork pada 6,500 rpm.
– Enam gear kelajuan
– Klac dilengkapi sistem assist & slipper.
– Suspensi USD Kayaba hadapan, Belakang monoshock
Kedua-dua bahagian suspensi ini boleh dilaras.
– Brek hadapan Abs Brembo, cakera berkembar dua piston
– Harga RM75,900
– Berat 204 kg.
– Lampu LED depan dan belakang
– Klac basah multiplate dengan slipper system.

Terdapat Tiga Warna Pilihan :
– Indaco Tagelmust (biru-putih)
– Acid Gold (kuning-hitam)
– Martian Red (merah-hitam).

Dalam majlis yang gilang gemilang itu, beberapa individu penting turut hadir antaranya Mr Rewi Hamid Bugo (Chairman Didi Group), Mr Goh Kian Sin (Managing Director Didi Group) dan semestinya Mr Nicola Capello, Head of Marketing, Piaggio Asia Pacific.

Teks dan Foto Oleh : Asri Mohd Asri.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

ROCK N RIDE BERSAMA SUZUKI FX125!

Distinguished Gentleman’s Ride(DGR) 2022 Kuala Lumpur