in

QJMOTOR SRT800 VERSI STANDARD DAN X UNTUK PASARAN TEMPATAN, HARGA BERMULA RM39,888.

Selepas pelancaran QJMOTOR SRK600 baru-baru ini, kini MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. melancarkan sebuah motosikal adventure/touring iaitu QJMOTOR SRT800 di Pembukaan Rasmi Benelli Best Shop Shah Alam oleh ICity Motoworld hari ini.

SRT800 ini datang dengan dua varian iaitu versi Standard dan X. Bagi harga pula, versi Standard ditawarkan dengan harga permulaan RM39,888 manakala versi X, RM 42,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Kedua-dua varian ini menggunakan enjin bersesaran 754cc dengan 2-silinder sebaris, 8-injap dan teknologi DOHC yang berkemampuan untuk menghasilkan kuasa maksimum 75.1Hp pada 8,500rpm dan 67Nm pada 6,500rpm.

Dengan enjin 2-silinder sebaris, ia membantu untuk penggunaan bahan api yang efisyen. SRT800 dan SRT800 X memiliki teknikal spesifikasi dan ciri-ciri yang sama. Antaranya, suspensi hadapan menggunakan suspensi hadapan jenis terbalik yang mampu menyerap hentakan lebih baik dan memberikan pengendalian tunggangan yang cemerlang. Suspensi belakang pula menggunakan lengan hayun yang membantu untuk menyokong kestabilan motosikal lebih-lebih lagi ketika melalui permukaan jalan tidak rata.

Bagi sistem brek pula, model ini dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran serta kaliper Brembo untuk keselamatan maksimum semasa membrek. Tayar hadapan memiliki dua cakera dengan diameter 320mm dan 260mm di tayar belakang untuk meningkatkan prestari brek dan membolehkan pemanduan yang selamat dan menyakinkan. Motosikal kategori touring ini menyediakan reka bentuk ergonomik untuk tujuan tunggangan yang selesa terutamanya untuk jarak perjalanan yang jauh.

Kemudian, sistem Assist & Slipper Clutch digunakan pada model ini yang membantu penunggang dari segi peralihan gear dan pergerakan yang lebih pantas. Dari segi panel paparan pula, QJMotor SRT800 dan SRT800 X menggunakan jenis TFT bersaiz 5 inci dimana para penunggang diberi tiga mod pilihan; siang, malam ataupun auto. Bagi mod auto, skrin ini akan berubah mengikut keamatan atau kecerahan cahaya tanpa mengira cuaca ataupun kelajuan semasa menunggang. Skrin jenis TFT sangat membantu dalam memaparkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat.

Model ini dihadirkan dengan port USB untuk memudahkan penunggang untuk mengecas telefon pintar semasa menunggang. Selain itu juga, dengan tangki bahan api sebanyak 18.5-liter, sememangnya ia memudahkan penunggang untuk bergerak dengan lebih jauh, terutamanya untuk anda yang gemar mengembara. Berbezanya antara SRT800 dan SRT800 X ini adalah, versi Standard menggunakan tayar bersaiz 120/70-R17 (hadapan) dan 180/55-R17(belakang) dengan rim aloi manakala versi X menggunakan tayar bersaiz 110/80-R19 (hadapan) dan 150/70-R17 dengan rim jejari.

Selain itu juga, kedua-dua varian ini memiliki dimensi yang tidak begitu ketara perbezaannya di mana antaranya, ketinggian tempat duduk (versi X – 835mm, versi Standard – 810mm), ketinggian keseluruhan (versi X – 1405mm, versi Standard – 1390mm) dan berat untuk versi X adalah 260kgs, manakala versi Standard Cuma 254kg.

QJMOTOR SRT800 ini didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu bagi versi Standard; Stone Grey dan Passion Red manakala bagi versi X; Navy Blue dan Cadmium Green. Model SRT800 ini turut dilengkapi dengan set lengkap coocase. Ianya bakal tersedia di pasaran pada pertengahan bulan Julai 2022 ini dan sebarang tempahan sudah pun boleh dibuat di mana- mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.

QJMotor SRT800 boleh di dapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia pada pertengahan bulan Julai 2022. Dengan setiap pembelian QJMotor SRT800, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

QJMOTOR SRK600 KINI DILANCARKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA. HARGA RASMI BERMULA PADA RM35,888.

ROCK N RIDE BERSAMA SUZUKI FX125!