Bermula di Balik Pulau, Pulau Pinang, brader Kong memulakan ‘perjalanan’ solonya. Ya! memang betol2 dia jalan okay.. JALAN KAKI!
Kong menggunakan laluan tepi pantai, dan setelah menghabiskan 14 hari, Kong sampai di Kebon Kapcai Campsite Wildcamp Survival, Perlis.
Kong sebelom ni pernah 3 kali tawaf/keliling Malaysia dengan basikal, pernah berbasikal 4 nation Malaysia, Thailand, Laos, Cambodia dan Vietnam dan pernah berjalan kaki solo mengelilingi pulau Taiwan. Masa di Taiwan, Kong keliling pulau tu dengan dua metode, yaitu berjalan kaki dan jugak berbasikal.
Anak muda berasal dari Miri Sarawak ini bekerja sebagai penjaga tapak perkhemahan di Balik Pulau. Maknanya selepas tamat sekolah, sekitar tahon 2009 Kong hijrah ke Balik Pulau dan dalam period itulah dia berkelana ke serata pelusok dunia dengan berbasikal dan jugak berjalan kaki.
Ditanya adakah dia mempunyai latar kewangan yang banyak, ataupon bapak dia tokey balak ka, Kong kata dia berasal dari famili sederhana saja. Katanya, dia mengembara dengan sumber kewangan yang amat2 terhad. Paling penting sekali dalam setiap pengembaraan adalah Hati Yang Kental.
Mesti ada yang tertanya-tanya, apa bekalan yang Kong bawak semasa mengembara secara solo dengan berjalan kaki ni kan. Okay, antara yang asas adalah :
1. Khemah Single
2. Dapor Camping
3. Sebotol air mineral
4. Beg galas
5. Portable Solar power (beli yang harga RM200 keatas.. jangan beli yang murah, nanti tak tahan lama)
6. Handphone dan Powerbank
7. Sleeping bag
8. Semangat Yang Kuat!
Kong kata, berat beg yang digalasnya telah dikurangkan daripada 18Kg kepada 13Kg. Paling baik katanya kalau buleh limitkan kepada 10Kg saja. Bab makanan pulak, Kong hanya bawak Mi Segera saja. Mudah dibawak, mudah dimakan dan mudah dimasak. Masak air panas dan rendam sampai kembang, dan teros makan saja oyeahhh!
Dengan hanya berselipar Asadi, berseluar pendek, Tshirt, Topi dan Mask, Kong meneroskan perjalanan menuju ke Kuala Perlis dan akan ke Langkawi. Kong bakal mengelilingi Langkawi selepas ini dan setelah setel misi di Langkawi, Kong akan meneroskan perjalanan solonya ke Pantai Timor semenanjong pulak.
Menurot Kong, pengembaraan solo berjalan kakinya ini untok kali ini tidak berpenghujong. Dia akan berjalan dan berjalan hinggalah habis duit dalam simpanan, dan dia akan kerja lah apa2 pon time tu untok kumpol semula modal. Bila dah cukop modal dia akan sambong jalan lagi dan lagi… Kali ni dia akan betol2 round tanpa apa2 target pon. Terbaik brader… Inilah yang dikatakan Muda!
Walau tanpa dua roda, walau hanya dengan dua kaki saja, segalanya tidak mustahil untok dilakukan. Masa muda, masa yang berapi api, maka pergilah menjelajah dunia dengan apa cara sekalipon Nohhh! Kong punya stori ni diharapkan akan memberikan sumber inspirasi buat kawan2 yang lain untok melunaskan impian menjelajah dunia.
Selamat berjaya dan sentiasa selamat dalam perjalanan buat brader Kong!
Respek!
Kisah perjalanan kaki Kong secara solo ini buleh diintai di Page ini Nohhh:
https://www.facebook.com/KhongJourney/
Comments
Loading…