in

ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS, SKIM INSURAN PERCUMA BUAT PEMBONCENG MOTOR !

Fullface dari Solid Gold Helmets menepati citarasa semua!

Allianz Motorcycle Plus kini telah ditambah baik dengan perlindungan yang dipertingkatkan untuk penunggang dan pembonceng motosikal 250cc dan ke bawah.

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Pihak Ketiga) kini menawarkan perlindungan tambahan kepada penunggang motosikal dan pembonceng yang sah dengan RM10,000 untuk Kematian/Hilang Upaya Kekal setiap seorang dan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari, sehingga 60 hari) tanpa kos tambahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) Sean Wang berkata “Penunggang motosikal kadang-kala tidak mengambil perlindungan tambahan kerana tidak mampu atau kurang memahami tentang insurans. Tetapi jangan sehingga anda kurang diinsuranskan. Penunggang motosikal layak mendapat perlindungan yang mampu milik dan berguna, dan kami berbangga kerana dapat memberikan mereka itu melalui Allianz Motorcycle Plus yang dipertingkatkan ini”.

Sebanyak 90 peratus motosikal di jalan raya Malaysia adalah motor kapcai atau model 250cc dan kebawah, kami berkeras mahukan perlindungan tambahan disediakan untuk polisi komprehensif dan pihak ketiga tanpa kos tambahan. Dalam masa yang sukar, kami mahukan penunggang-penunggang untuk mengenepikan kemampuan kewangan mereka dan dapatkan perlindungan yang selayaknya,” tambah Sean.

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) melindungi kerugian atau kerosakan kepada motosikal anda dari kemalangan, kebakaran, dan kecurian; kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga; dan kerosakan atau kerugian harta pihak ketiga. Manakala polisi pihak ketiga melindungi kecederaan anggota badan dan kematian pihak ketiga; dan kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga.

Tambahan pula, perlindungan komprehensif juga menampilkan perlindungan tambahan untuk semua Perlindungan Jumlah Yang Diinsuranskan Penuh Peril Khas (melindungi dari banjir, tanah runtuh, atau mana-mana bencana alam) dan bantuan tepi jalan yang ditawarkan oleh Allianz Road Rangers (1800-22-5542), kedua-duanya tanpa kos tambahan. Bantuan tepi jalan termasuk bantuan trak tunda kecemasan (percuma sehingga 50km, pergi balik), penghantaran minyak, bateri dan perkhidmatan tayar pancit.

Allianz General juga telah mengumumkan pemenang hadiah utama untuk Kempen 111 Motosikalnya di Allianz Arena di Plaza Sentral hari ini, dengan penampilan khas oleh Fattah Amin. Rohisham Husain telah membawa pulang sebuah motosikal Honda CBR250RR baharu yang bernilai RM25,999. Selain itu, Allianz General juga telah menghadiahkan 110 buah Honda Wave Alpha sebagai hadiah bulanannya sepanjang tempoh kempen selama tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember 2021.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Allianz Motorcycle Plus, layari allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/car-and-motorcycle.html.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Bergaya dimana-mana saja Oyeahhh!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

TAKDAK MOTOR, JALAN KAKI PON BOLEH KEMBARA SOLO JUGAK NOHHH!

ELEMEN SEMPOI TERKINI DARI YAMAHA XMAX 2022