Wanita Besi/Iron Maiden nih telah mendarat di bumi Negro bernama Ethiopia hampir 4 minggu yang lalu. Dia kesana untok ambik Motorsikal kesayangan buah hati pengarang jantongnya, GD, jentera keluaran Yamaha model FZ150i yang telah membawanya menggapai impian meronda duniawi suatu masa nan lalu.
Jentera Yamaha FZ150i nih sebenarnya terkandas ataupon terpaksa ditinggalkan di bumi Euthopia disebabkan wabak Covid19 tempohari. Masa tu Kak Nita sedang dalam misi menjelajah Dunia (jelajah benua Afrika) dan bila Covid 19 menyerang seluroh dunia, dia terpaksa stop ride tu dan parking motor tu kat rumah kawan dia di Euthopia tu.
Bila dah parking lama kat situ, maka tempoh permit (TIP) untok parking dinegara tu pon tammat. Nak pergi ke negara tu pon agak susah sebab flight untok kesana dari Malaysia hanya ada sekali saja dalam satu minggu. Semua jadi hara bin huru setelah dunia menghadapi Lockdown, Kak Nita tersangkot di Malaysia, motor GD dia pulak tersangkot di Euthopia. Bila dah tamat tempoh perking, pehak berkuasa kat sana tak bagi dia bawak keluar lah motor tuh. Kat sini lah bermulanya segala ujian dan cobaannya Nohhh!
Di Euthopia takdak kedutaan Malaysia, kalau nak sembang diplomatik antara negara nih kena melalui wakil di China. Tambahan pulak orang2 di Ethiopia tak buleh cakap orang puteh sangat, maka sangatlah terseksa zahir dan batin Kak Nita masa nak deal tu. Setiap hari selama hampir 5 hari, Kak Nita ulang alik, dah macam berkampong di pejabat Kastam dah, naik turon opis, jumpa bos kecik bos besar, ikot semua arahan dan permintaan, tapi tetap jugak ditolak permohonan bawak keluaq moto dia tuh. Kalau ikotkan kos segala dokumentasi dan segala maknenek tuh, Kak Nita dah buleh beli DUA BIJIK motor FZ dah. Tapi disebabkan sayangnya dia kat motor yang banyak jasa tuh, dia nekad untok dapatkan jugak motor tu demi meneroskan misinya ke Jeddah dan negara2 lainnya.
Akhirnya, entah macamana, dia tetiba teringat kat beberapa surat sokongan VIP dari Malaysia, antaranya surat dari Tun Mahathir Mohamad. Tanpa berlengah, Kak Nita tunjok surat Tun kat Pegawai Kastam tuh. Esoknya Kak Nita datang lagi ke opis Kastam tu dan mintak lagi nak jumpa pegawai besar Kastam tuh. Setelah tunggu punya tunggu, sampai sofa yang Kak Nita dudok tu pon dah jadi bentok macam Kak Nita, akhirnya dia dipanggil masok ke Opis pegawai tuh.
Pegawai tu kata kat dia, awak tak buat seperti yang kami suruh, awak tak ikot prosedur kami. Saya tak boleh benarkan awak bawak keluar motor awak tu. Kak Nita bila dengar saja cakap macam tuh, berlinangan lah ayaq mata dia. Tiba2, pegawai tu sambong, katanya, Beginilah… Saya akan benarkan awak bawak keluar motor tu, tapi bukan sebab awak okay. Ini semua sebab Tun Mahathir. Mahathir adalah personaliti yang saya respek.
Berderailah ayaq mata Kak Nita. Ayaq mata gembira! Akhirnya setelah hampir seminggu dilayan macam pemintak sedekah, ditolak kesana kesini, motor GD kesayangannya diberi kebenaran untok dibawak keluar dari bumi Euthopia untok dibawak ke Jeddah.
Maka, pengembaraan Kak Nita akan bersambong dengan cabaran2 baharu di negara2 Arab dan jugak Amerika Selatan! Teroskan Kak Nita, kami selalu mendoakan dari jauh. Rock N Ride Nohhh!
Nota Tambahan : Kak Nita kini berada di Mesir, dan akan meneroskan kembaranya di negara2 arab tersebot. Kepada Raida2 yang nak sapot Kak Nita, sila beli buku catatan kembara dia nih. Klik aja link nih Nohhh!
https://gdrseries.wasap.my
Comments
Loading…