Kepada BBNU yang mungkin tertanya tanya dan terpinga-pinga dengan nama Faito Racing, meh kita share sikit crita pasal jenama yang pernah menjadi fenomena dalam industri motorsikal Malaysia nih.
Faito Racing adalah satu jenama Racing Parts ber ibu pejabat di Pulau Pinang. Kewujudan Faito Racing mula mendapat perhatian para Raida2 sekitar tahon 2007 atau 2008 gitu lah. Masa tu, Majalah Kapcai adalah antara rakan media terbaik lah dengan Faito Racing nih. Antara individu2 penting dalam line up marketing Faito Racing masa tu yang kami kenal adalah Jilvon dan Cindy. Ada lagi yang lain, tapi mohon maaf kami dah terlupa nama depa semua Nohhh! Maklomlah lama sangat dah tak berjumpa, mungkin masing2 dah beranak pinak dah kot sekarang nih keh keh!
Sekitar 2008-2010, nama Faito Racing amatlah femes. Dengan warna rasmi biru muda dan puteh, kehadiran tim Faito Racing di acara2 Bikeweek, Autoshow mahupon Cubprix amatlah dinanti-nantikan. Secara peribadi, Majalah Kapcai amatlah respek dan puji cara marketing dari Faito Racing nih. Dengan lori yang dimodifikasi menjadi ala2 showroom bergerak, dengan gadis model yang amatlah seksi Surrr Yakmattt bikin jantan kebret KM, serta DJ dan PA system yang supernova, tapak ataupon booth pameran dan promosi Faito Racing memang sentiasa padatlah dengan pengunjong masa tu Nohhh!
Selain itu, packaging ataupon pembungkusan barang2 spare part Racing dari Faito ni jugak amatlah eksklusif dan premium, nampak amatlah berkualiti tinggi seperti barang2 Import dari Jepon dan Eropah lah senang crita. Design ataupon artwork untok iklan2 dalam Majalah Kapcai pon amatlah padu dan bertaraf bangsawan dewa kayangan langit ke-9.
Dalam masa yang sama, Faito Racing jugak sponser/menaja beberapa Tim Cubprix. Ada beberapa nama2 besar Raida2 Cubprix yang pernah bernaung dibawah panji Faito Racing masa tu, diantaranya adalah AFB (Ahmad Fuad Baharudin). Prestasi Tim2 tersebot jugak amatlah memberangsangkan, pernah jadi Champion, nombor 2 dan 3 tu selalu sangatlah depa dapat.
Sekitar tahon 2013-2014 gitu, dalam keadaan femes dan cemerlang didalam industri permotoran Malaysia, Faito Racing tiba2 macam ‘hilang’ dari radar. What is the because? Ini telah mendatangkan persoalan yang amat memushkilkan hati Paksu E. Sebagai pengunjong tetap Cubprix, dan Faito tiba2 takdak bukak booth promosi di Cubprix, maka Paksu E amatlah kecewa yang amat sangat. Mau dia tak kecewa, dia sebenarnya nak mintak nombor telefon salah sorang gadis model Faito tu. Lu lambat lah Paksu E…
Kami di Majalah Kapcai masa tu mendengar macam2 lah cerita pasal Faito Racing nih. Tapi sebagai media yang profesional, kami takmau menyebelahi mana2 pehak. Kami berpendapat bahawa, mungkin ada kaitan dengan kualiti barangan/parts dari jenama tersebot. Ini hanyalah andaian kami saja lah. Cerita sebenar hanya pehak Faito Racing saja lah yang tahu Nohhh!
Semenjak haritu sampailah harini, Faito Racing seperti hilang dalam terang. Walaupon ada khabar mengatakan bahawa jenama Faito Racing kini sedang menapak di Indonesia, tapi di tanah air sendiri namanya kian hari kian dilupakan. Sayang seribu kali sayang, sebuah jenama yang amat hebat dan lain dari yang lain, kini menjadi malap dan suram didalam industri permotoran Malaysia.
Teks Dan Gambar: Skuad Ekzos Branggg
Comments
Loading…