in

RASMI ! JENAMA KAWASAKI KINI DIEDARKAN OLEH EMOS/MODENAS !

Desas Bin Desus Selama Bertahon Tahon Kini Terjawab Sudah Nohhh!

Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), anak syarikat dan pengedar Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), telah dilantik sebagai pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia berkuatkuasa pada 1 Oktober 2021.

Pelantikan ini merangkumi pengedaran bagi semua rangkaian produk Kawasaki termasuk kenderaan, alat ganti, aksesori, dan maklumat khidmat pelanggan yang melibatkan perkhidmatan teknikal termasuk aktiviti ‘recall’ jika diperlukan.

Bagi melancarkan lagi proses ambil alih, EMOS akan menjalani tempoh peralihan selama enam (6) bulan yang turut dibantu oleh KMSB Motors Sdn. Bhd. Dalam tempoh ini, pemilik motosikal Kawasaki masih boleh kembali kemana-mana wakil pengedar atau stokis Kawasaki bagi pembelian serta pertanyaan alat ganti dan perkhidmatan teknikal.

Sebarang perubahan atau perkembangan akan diumumkan dari masa ke semasa.

NotaEditer : Sekarang semuanya sudah jelas dan terang. Maka, soalan paling misteri abad ini ialah… Adakah kita akan menerima kelahiran sebuah kapcai Super Moped yang pernah direka cipta oleh Modenas beberapa tahon nan silam? Semestinya ramai yang dok teruja kan.. Apa pon kita nantikan berita tergempar dan ter Hot dari Modenas tak lama lagi Oyeahhh!

 

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MODENAS KASI WARNA SENMPERRR KAT PULSAR NS200 ABS PULAK !

MINYAK PELINCIR HYO LUBE PILEHAN TERBAIK MASAKINI!