in

MODENAS KASI WARNA SENMPERRR KAT PULSAR NS200 ABS PULAK !

Harga Maseh Tak Berubah RM 9,655.00 Saja Oyeahhhh!

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan pilihan warna dan reka bentuk grafik baharu bagi motosikal “street bike” Modenas Pulsar NS200. Motosikal “street bike” keluaran MODENAS ini pertama kali dilancarkan pada Mei 2017 dan telah terjual lebih daripada 8,000 unit di seluruh negara, secara tidak langsung menjadikannya salah satu motosikal “street bike” yang paling popular yang dijual di negara ini.

Tiga pilihan warna terbaru yang ditawarkan ialah “Plasma Blue”, “Burnt Red” dan “Pewter Grey”. Skema warna dan grafik baru ini menambah daya tarikan Modenas Pulsar NS200, yang dapat menarik minat bagi mereka yang ingin beralih ke segmen motosikal yang lebih besar.

Modenas Pulsar NS200 adalah motosikal “street bike” jenis “naked” yang dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Dikuasakan dengan enjin 200cc DTS-i yang menghasilkan kuasa maksimum 18kW dan tork maksimum 18.6Nm, Modenas Pulsar NS200 menawarkan perjalanan yang lebih lancar dengan penggunaan bahan bakar yang sempurna. Dengan pelbagai ciri-ciri yang ada pada motosikal ini, Modenas Pulsar NS200 terus memberikan kepuasan yang terbaik kepada penggunanya.

Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan penyerap teleskopik hadapan, yang dilengkapi dengan sesendal atau “bush” anti geseran dan suspensi belakang jenis gas dari Nitrox. Gandingan system suspensi ini menawarkan pengalaman menunggang yang mantap dan menyeronokkan.

Harga jualan yang disyorkan untuk MODENAS Pulsar NS200 edisi 2021 ini adalah RM 9,655 (tanpa insuran dan cukai jalan), harganya sama dengan varian sebelumnya. Motosikal ini akan tersedia di semua bilik pameran MODENAS yang sah pada bulan Oktober 2021.

NotaEditer : Logo MODENAS tercipta dari bayangan objek gunong, atau lebeh tepat lagi Gunong Jerai. Terletak di Kedah, Gunong ini dapat dilehat dengan jelas dari kilang MODENAS di Guron. Lagu tu lah cerita dia…

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

TEST RIDE MODENAS DOMINAR D400 V2

RASMI ! JENAMA KAWASAKI KINI DIEDARKAN OLEH EMOS/MODENAS !