Terima kaseh kepada GIVI Asia yang sudi jempot Majalah Kapcai join event bukak posa di satu hotel area Ampang Selangor baru2 nih. Tak sangka rupanya dalam event santai2 tu, pehak GIVI Asia menjempot jugak Tuan Haji Wazi Abd Hamid. Maka bertemulah kami setelah lebeh kurang 10 tahon tak bersua muka akibat masing2 sibok dengan urosan masing2. Dan! Inilah kesempatan Gua untok nak korek cerita lanjot berkenaan isu ‘Tukar ekzos prang takkan membuatkan motor jadi laju’ yang menjadi hot baru2 nih.
Mulanya masa Gua sampai ke ruang berbuka posa di hotel tu, Gua tak perasan akan kehadiran brader Wazi. Lepas Gua dudok, Gua dengar brader Sam Sharman (Head Of Marketing GIVI Asia Sdn Bhd) panggil nama Gua, dan bila terpandang ke meja dorang.. alammakkkk.. Itu Tuan haji sudah ushar sama Gua sambil geleng2 kepala. Rupanya dia kesal sebab Gua punya body sudah ‘lari’ allignment katanya kah kah kah! Pertemuan haritu adalah yang pertama setelah lebeh kurang 10 tahon tak jumpa, dan ketika 10 tahon nan silam, berat Gua sekitar 65kg. Hari ini berat Gua dah dekat 90kg, sebab tu Tuan Haji geleng kepala tengok Gua Nohhh!
Setel berbuka puasa dan solat maghrib, sambil2 sambong makan buffet di hotel tu, Gua pon mula korek semula isu yang jadi tular baru2 nih bab ekzos prang tuh. Ikotilah cerita Brader Wazi nih oyeahhh… Baca dalam nada bergema…
” Ada satu event dengan pehak polis masa tu, dengan IGP, dan masa tu kat atas pentas tu ada Gua (Wazi), Yuzy dan Affendi Rosli. Wartawan2 yang join sessi press conference haritu bukanlah dari kalangan media motorsikal, kebanyakkannya dari meja2 jenayah dan berita2 umum. Tajok ataupon isu utama haritu adalah isu Kartel dalam badan penguatkuasa, dan kami masa tu kebetolan ada disitu untok kupas isu2 berkaitan keselamatan jalanraya. Bila datang satu soalan dari wartawan berkenaan isu ekzos bising/perang, pehak Polis serahkan soalan teknikel tu kat Gua sebab katanya Gua lebeh expert dalam bab teknikel motor nih…”
” Bila dah disuroh komen bab teknikel, Gua pon cerita lah apa yang Gua tahu pasal modifikasi motor nih. Gua kata, sesebuah motor yang standard kedai, kalau hanya ditukar ekzosnya dengan ekzos bising/racing/perang memang takkan membuatkan motor tu jadi laju..”
” Beberapa hari lepas tu, keluarlah berita di akhbar dengan tajok yang berbunyi lebeh kurang, Tukar Ekzos Prang Motor Jadi Laju Hanyalah Mitos. Gitulah tajoknya lebeh kurang dan kat berita tu terpampanglah muka Gua. Haaaa..situlah isu ekzos nih jadi wabak yang menular ke seluroh Malaysia. Ingin dinyatakan disini bahawa, ayat ataupon perkataan Mitos tu bukanlah Gua yang sebot, tapi itu adalah dari olahan penulis berita tersebot. Satu lagi, mungkin ramai yang tak tahu maksod sebenar perkataan Mitos itu. Mitos tu adalah sesuatu yang boleh dipercayai, kadang2 menjadi satu kepercayaan bagi sesebuah tempat. Adakalanya Mitos jugak dianggap sebagai sebuah cerita2 yang tiada kesahehan dan mengarot. Maknanya dalam tajok pasal ekzos Prang tu, perkataan mitos tu tak ada yang salah pon. Boleh jadi betol dan boleh jadi tidak betol kan?.
Masalahnya bila budak2 baca tajok Mitos tu ja, semua anggap ayat mitos tu merujok kepada makna mengarot. Tu yang jadi lebeh hot tu..”
” Sebenarnya, bagi wartawan2 dan media2 yang terlibat dalam dunia permotoran, isu tukar ekzos bagi motor jadi laju nih takdelah teknikel sangat untok dorang fahami. Macam Lu sendiri (merujok kepada Gua-penulis artikel nih), mesti Lu pon tau kalau motor enjin stendet, tukar ekzos buboh yang racing/prang punya, kompom hasilnya Lu pon tau camna kan?. Kita respon pasal tukar ekzos prang kat motor stendet, stendet yang dimaksodkan adalah yang enjinnya takde bikin apa2, enjin stendet keluar kedai. Ramai yang kecam, dan ramai yang sanggah point Gua tu dengan kondem Gua dan kata Gua macam2 lah. Kita baca saja lah sebab susah jugak nak terangkan perkara sebenar nih…”
” Tukar ekzos perang, enjin pulak stendet, ECU ataupon CDI pon stendet, memang takkan menaikkan kelajuan motor tuh. Kalau naik pon, mungkin dalam skala yang sangat kecik..ntah2 tak sampai 0.5 peratos, tapi mesti mau ingat kesannya kat enjin yang stendet tu pulak. Benda ni geng2 pomen semua tau lah. Enjin stendet (semuanya stendet), tukar pakai ekzos prang/racing sebenarnya akan menjahanamkan enjin motor tu. Bila compression dalam enjin yang stendet tu deliver ke ekzos prang yang rompong tanpa kebok kat dalam tabong ekzos (muffler), kompom enjin motor akan penat/sempot. Sebab tu lah kalau sekadar tukar ekzos saja tanpa bikin enjin, memang takkan membuatkan motor kita bertambah laju, bahkan akan merosakkan enjin tuh. At least,kalau nak tukar ekzos, kena lah tukar paling2 pon ECU. Haaa..kalau tukar ECU dan boh ekzos perang, motor yang sebelom ni top speed 145km/j mungkin akan buleh naik sikit, mungkin buleh cecah 148-150km/j atau lebeh sikit lagi. Kalau tukar ekzos semata2, memang takkan meningkat lah kelajuan tuh. Mungkin syok dengar bunyi kuat saja lah, tapi kelajuannya still tarak naik dan lama kelamaan enjin akan mula jadi batok2 dan seterosnya paham-pahamlah…”
” Kami dalam dunia racing dulu2, dan harini pon sama lah, motor2 kami yang pakai ekzos racing tu semuanya 100% enjinnya dah masok barang racing. Ekzos perang adalah elemen terakhir untok tembak keluar power. Enjin yang dah tune racing memang kena pakai ekzos prang lah untok deliver power of the machine tu. Bayangkan kalau enjin racing kita buboh ekzos stendet kilang? Tau sendiri lah camna jadinya kan..”
” Ada satu masa tu, Gua disuroh test motor mendiang Nicky Hayden di Sepang. Masa tu MotoGP punya regulation ekzos buleh rompong (tanpa silencer/kebok). Maksodnya ekzos yang keluar dari head adalah rompong/kosong/paip kosong. Bunyinya hanya Ilahi saja yang tau masa tu. Masa atas track, lepas lalu depan grandstand dengan kelajuan 300km/j, dan bila sampai turn 1, Gua drop dari top gear hinggalah ke gear 2 dan pulas lah untok teroskan perjalanan. Ehhhh..moto ni tak mau pergi, menderam gitu aja. Gua jadi panik bohhh! Teros Gua drop ke gear 1. Nahhh! Barulah enjin kembali mengaum dan teros meluncor pergi. Bayangkan untok sebuah enjin racing MotoGP, rupanya tak match jugak dengan ekzos rompong. Tak lama lepas tu, barulah MotoGP keluarkan rule baru bahawa setiap motoGP kena pakai ekzos yang ada kebok/silencer. No more ekzos rompong. Yang kita pulak, pakai ekzos prang, tapi boh kat enjin stendet..heh..”
” Bila dah jadi isu negara bab ekzos perang nih, dan ditambah pulak dengan tajok akhbar yang ada statement Gua tu, maka makin bertambahlah kritikan dan kutokan daripada Raider2 SeMalaysia. Mula lah diheret bermacam2 lagi isu lain yang diluar dari tajok. Isu jalan berlobang lah, isu pemandu mabok dan macam2 isu lagi lah. Tak dinafikan isu2 tersebot jugak adalah isu besar, tapi kita kena buat tajok baru lah. Kita fokus bagi setel satu2 isu dulu lah. Alhamdulillah, bila isu ekzos prang menjadi tular, akhirnya menteri dah campor tangan dan kesudahannya kes2 ekzos prang takkan disaman on the sport. Masa tu adek2 kita di fesbuk pakat2 u-turn puji kita pulak haha..”
” Sebenarnya, kita kat sini nih, kalau buleh janganlah kita nak bermusoh dengan pehak berkuasa. Kita marah atau bermusoh camna pon, akhirnya tetap kita jugak yang akan dipersalahkan. Sebab tu, kita kena dekatkan diri dengan pehak berkuasa, jadikan dorang tu macam rakan kita. Dorang jugak manusia macam kita, akan jadi marah kalau diprovokasi dan akan jadi ramah kalau disantuni. Itu saja sebenarnya.. Jangan bermusoh dengan dorang…”
” Okay, itu saja lah penjelasan terhadap isu ekzos yang tular baru2 nih. Harap semua adek2 rakan Fesbuk paham dan sempena bulan baik nih, diucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.”
Okay Raida, itulah serba sikit isi kandongan dalam sembang2 santai Gua dengan Brader Wazi Abd Hamid, Raider Kapcai King yang semua orang kenal lah kat Malaysia nih. Kami dari Majalah Kapcai pon puas hati lah dengan penjelasannya. Kalau tidak sebelom ni memang tidor pon tak berapa nak lena, sedar2 aja dah pukol 12 tengahari. Tu tidor tak nyenyak tu..Kalau tidor nyenyak Lu Orang paham2 sendirilah mangkit pukol berapa Nohhh!
Comments
Loading…