in

PRATONTON JENTERA TERBARU WMOTO XTREME 150i & SYM JET X 150

Bakal Masok Market Jun 2021, Harga Dibawah 10K Saja Oyeahhh!

Nampaknya tahon 2021 ni menjadi tahon paling rancak buat kampeni MForce Bike Holdings Sdn Bhd. Boleh kata dari awal tahon 2021 hinggalah April (baru 4 bulan saja) dah dekat 6 model dah dilancarkan. Paling terkini adalah Skoot konsep ADVenture dari Jenama WMoto yaitu WMoto Xtreme 150 dan jugak sebuah lagi dari jenama SYM yakni SYM Jet X 150.

Kedua jentera Skoot ni ditayangkan di satu majelis berbuka puasa bersama media. Pehak Majalah Kapcai lebeh tertarek dengan Skoot WMoto Xtreme 150 sebab ianya adalah trending terkini buat peminat skooter Malaysia. WMoto Extreme 150cc nih dia punya berat hanya 143kilogram dan paling rare adalah sistem saspenshen belakangnya. Dia pakai monoshock Gua cakap Lu Brader! Mungkin buleh dikatakan WMoto Xtreme 150 nih adalah jentera Skoot pertama di Malaysia yang pakai sistem monoshock dan dia punya darjah kecondongan pon agak rare. Monoshocknya jugak jenis buleh laras/edjas, ditambah pulak serinya dengan swing arm yang berbentok ala2 MotoGP. Padanan size tayar/rim 14 inchi memang menaikkan lagi semangat untok masok kedalam hutan Nohhh!

Segalanya moden pada jentera Skoot nih. Sistem lampu yang full LED, ada sistem idle start (bila berenti aja enjin akan mati, bila pulas semula throttle enjin auto hidop semola), ada dua port/soket untok cas bateri henpon dan jugak power output (boleh masak nasik guna periok letrik tapi kena ada power converter lah). Paling best WMoto Xtreme 150i ni ada sistem ABS, manakala SYM Jet X 150 pulak akan dilengkapi dengan CBS (Combine Braking System mengikot spec Euro).

Skoot WMoto Extreme 150i ni dia punya tangkinya bersaiz 11 liter dan pakai bateri 12V 7AH. Untok isian full tangki 11 liter nih, dengan kelajuan 80km/j, katanya dapat bikin perjalanan sejauh 400 KM. Tudiaaaaa! Isi penoh di Shah Alam buleh teros non stop ke Guron, top up penoh boleh teros ke Phattalung Nohhh! (kalau border bukak lah..kalau tak bukak ronda2 Perthlis dah lah heh!).

Kedua jentera nih bakal masok ke kedai motor secara rasmi dalam bulan Mei-Jun 2021 nih dan bakal dijual dengan harga dibawah RM 10 ribu ringgit Malaysia. Jentera2 ini akan dipasang di kilang MForce di Alma Pulau Pinang. SYM Jet X 150 akan menggunakan part2 dari Taiwan manakala WMoto Extreme 150 pulak menggunakan part2 dari China. 10 tahon dulu kalau sebot jentera dari China atau barangan buatan China, ramai yang kondem. Tapi harini, barang2 keluaran China dah upgrade, semua segi dah upgrade, elektronik dah upgrade termasoklah jugak bab2 kenderaan berenjin nih.

Okay, Rock N Ride Teros bersama MForce Bike Holdings!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SKUTER KEMBALI MERIAH DIPELUSOK TANAH AIR

TUKAR EKZOS MOTOR TAK LAJU? MITOS? IKOTI CERITA YANG SEBENARNYA DARI HAJI WAZI