Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. (Aveta) secara rasminya memperkenalkan model terbaharu untuk tahun 2021 iaitu Aveta VS110.
Aveta dalam kenyataannya berkata, pengenalan model terbaru ini adalah antara beberapa model yang telah dirancang bagi diperkenalkan sepanjang tahun 2021. Berikutan itu, bagi suku pertama tahun ini, model VS110 telah dilancarkan dan akan diikuti dengan beberapa model baharu yang dijangka diperkenalkan menerusi varian atau segmen tertentu yang masih belum dapat diumumkan lagi. Diharap sabar menunggu Nohhh!
“Apa yang pasti model VS110 adalah model keempat di dalam segmen yang sama di mana sebelum ini kami telah memperkenalkan model seperti DY90, RX110 dan Ranger 110,” kata Aveta dalam kenyataan media di sini hari ini.
Kesemua model tersebut dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD di kilangnya di Bukit Raja, Klang.
Menurut Aveta, pihaknya mensasarkan untuk menjual diantara 5000 buah VS110 sepanjang tahun 2021 ini. Mengulas lanjut, setelah setahun lebih beroperasi secara rasmi, penerimaan orang ramai terhadap model-model Aveta kini amat menggalakkan dimana sehingga hari ini hampir 5,000 buah motosikal dari pelbagai model telah dijual sejak pengenalan model pertama iaitu DY90, RX110 dan Ranger 110 pada Disember 2020 yang lalu.
Aveta berkata, model VS110 dijual dengan harga tunai atas jalan termasuk cukai jalan dan insuran sebanyak RM3,588.
Model ini boleh didapati dalam empat pilihan warna yang menarik seperti Biru Cyan, Biru, Merah dan Hitam. Dikuasakan dengan enjin 110cc (4-lejang, 1- silinder, sejukan udara, karburator), dengan kuasa maksimum sebanyak 6.5hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 6.8Nm @ 6,000rpm.
Aveta VS110 dipadankan dengan transmisi empat kelajuan, manakala bahan api pula boleh mempunyai kapasiti maksimum empat liter dan berat keselurohan jentera ini adalah 83 kilogram.
Keistimewaan VS110 ini walaupun 110cc, motosikal ini mampu menjana lebih kuasa dan mampu memberi kepuasan kepada penunggang kerana kuasa enjinnya adalah 113cc jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain 110 cc yang terdapat di pasaran tempatan ketika ini.
Bagi yang maseh tertanya tanya berkenaan Spare Part jentera Aveta nih, sila jangan cemas dan menggelabah berok kerana Spare Part nya mudah didapati dikedai kedai terdekat. Dealer jenama Aveta yang aktif juga agak banyak yaitu kira kira 130 buah untok seluroh negara.
Jentera Aveta VS110 ini jika dilehat dengan betol betol, ianya menggunakan sistem enjin yang mudah di selenggara dan semestinya sangat ekonomik dalam kelasnya. Ayoh kita sapot jenama tempatan dan nantikan pulak model2 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi Oyeahhh!
Comments
Loading…