Suzuki Panther kalau di Negeri Perlis ni memang dok dalam kategori rare jugak nak jumpa kat jalanan. Kalau ada pakai pon hanya yang jenis parking dalam rumah aja. Ada event baru bawak keluar. Panther yang sedang Lu Orang tenguk sekarang nih adalah jenis kategori parking dalam kelambu jugak lah ni heh!
Menurot ownernya yaitu Brader Mat Lover, jentera Panther ni dia beli dah lama dah. Masa beli memang keadaan Panther ni dalam tahap 4 kanker kulit, menunggu masa untok dilamar oleh GBB (Geng Besi Burok). Tapi umornya maseh panjang, Mat Lover telah membuat offer kat Owner lama, dan akhirnya ia dilepaskan dengan harga 6-7 ratos gitu lah. Memang Owner lama pon macam nak jual tak jual jugak pada mulanya, tapi memandangkan kalau2 time dia takdak di rumah dan ditakdirkan masa tu GBB lalu area rumah tu, silap2 haribulan Panther ni buleh ghaibulghuyub tanpa jejak. Kita ni bukanlah nak tudoh semua GBB berperangai burok main sapu aja, kita tak tudoh semua okay. Tapi percayalah bahawa ada dan wujod jugak segelintir GBB yang jenis perot bewak nih. Dia lalu atau masok mana2 kampong, dia tengok line macam mengeliakan (line Clear), dia angkot rilek aja masok kedalam lori. Yang jenis perot bewak ni lah yang kita marah sunggoh nih. GBB yang baik kita no problem, U are my friend!
Bila dah setel bawak balek ke rumah, Panther ni diRestore secara sikit2 sebab Mat Lover mempunyai kerjaya yang agak bizi, seakan akan atau seolah olah Tuan Ismet Ulam Raja dia punya bizi. Mat Lover adalah seorang tukang Ketok2 dan Mengecat kereta/motor paling trending di area Sanglang Perlis. Tapi Mat Lover kalah sikit lah kalau nak dibandingkan dengan LK aka Li Konga The Sandpaper Handy. Tapi kini LK aka Li Konga terpaksa berehat sementara dalam arena cat mengecat akibat dirasok semangat hitam Tandop Ahkoi. Mari kita doakan agar LK aka Li Konga kembali pulih seperti biasa dan meneroskan perjuangannya dalam bidang cat mengecat dan matematik tambahan.
Setelah beberapa lama, kira2 6 purnama gitu, siaplah projek restorasi Panther keluaran tahon 1996 ini. Jentera ni kalau rujok pada sijil kelahirannya, ia adalah Panther Gamma, tapi owner lama terkonvert (convert) kebelakang, konvert jadi Panther Chichak! Rare punya modifikasi. Majoriti akan konvert jentera masing2 menjadi model terbaru, tapi Panther ni mengalami nasib yang unik. Ia ditukarbentok menjadi model keluaran sebelomnya Nohhh! Untok mudah dipahami, modifikasi ini umpama mengKonvert Honda GBOj menjadi Honda GBO. Gitulah perumpamaannya Oyeahhh!
Dengan kaler terbarunya yaitu Hijau Metalik Gelap, Panther ni tampak seolah baru keluar kedai. Gua sempat test ride jugak jentera ni, memang keselurohannya agak baik, cuma timing kabereter agak problem dipangkal rahim. Tapi kalau enjin dah running lama sikit, dia panas sikit enjin, maka kabereter pon jadi okay lah. Body pon terbaik, takdak rasa kiat atau alignment lari. Padu!
Kos untok kasi restore jentera ni adalah sekitar Seribu lebeh, tapi tak cecah Dua ribu. Kos ni jadi jimat sebab Mat Lover bikin sendiri projek Restoration nih. Kalau dia hantar kat kedai mau rabak 3-4K jugak Nohhh!
Okay, diharapkan kalau ada Raida2 kat luar sana yang nak share projek restore Panther dorang, tak kira motor Panther atau motor lain model pon, sila inform kat kami. Boleh kita share kat website ni Nohhh! (majalahkapcai@gmail.com).
Selamat Maju jaya buat Mat Lover dan Panther nya, dan teroskan Rock N Ride Bersama Majalah Kapcai Nohhh!
Nota: Untok urosan cat mengecat kenderaan di negeri Perlis dan Kedah, kalau nak trai cat dengan Mat Lover pon apa salahnya kan? Harganya dalam kategori mampu milek dengan kualitas Nusantara. Mat Lover boleh dikontek/wassap ditalian:
017 401 6263.
Comments
Loading…