Jenama tempatan milik MForce Bike Holdings Sdn. Bhd, WMoto kini ligat meningkatkan persaingan mereka dengan memperkenalkan skuter baru, ES125 setelah melancarkan “cruiser” V16 November tahon lalu.
Skuter berciri ringkas ini mempunyai dua edisi iaitu Standard dan Special Edition (SE) dan apa yang membezakan kedua edisi ini adalah warna. Untuk edisi SE, ia mempunyai warna biru pirus yang menarik manakala terdapat tiga pilihan warna untuk ES125 Standard yaitu Merah, Hitam dan Kelabu. Harga cadangan jualan adalah sebanyak RM 4,888.00 untuk Special Edition dan RM4,588.00 untuk Standard tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. ES125 ini boleh didapati mulai hari ini di semua pengedar WMoto yang sah di seluruh Malaysia.
ES125 memberi anda skuter dengan janaan enjin 4 lejang, penyejukan udara beserta silinder tunggal yang menggerakkan enjin 118.8 cc. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 6.5Kw pada 7,500 rpm dan tork 9.5Nm apabila mencecah 6,000 rpm dengan transmisi CVT. Suspensi di bahagian hadapan dilengkapi dengan teleskopik dan penyerap hentakan (absorber) di bahagian belakang. ES125 juga memberi anda penyerap hentakan belakang dari jenama suspensi terkenal, Kayaba (KYB) untuk lebih selesa ketika menunggang di jalan yang tidak rata. Enjin ini turut dikuasakan oleh teknologi ECS (Environment Care System) untuk mesra alam yang penting dalam melindungi alam sekitar kita.
Skuter ini beratnya cuma 95 kg untuk pengendalian mudah yang sesuai untuk perjalanan harian. Oleh kerana beratnya yang ringan, kapasiti bahan api adalah sebanyak 3 liter yang cukup untuk perjalanan jarak pendek. Juga, ruang simpanan di bawah pelana memiliki keluasan 9 liter di mana anda boleh menyimpan barangan peribadi anda. Penunggang tidak perlu risau akan keselamatan barangan mereka semasa menunggang skuter ini.
Ia dilengkapi dengan port pengecasan USB di kokpit yang dapat mengecas telefon anda semasa dalam perjalanan beserta dua ruang yang boleh memuatkan dompet dan telefon bimbit anda. Cara untuk menghidupkan skuter ini cukup mudah. Anda boleh memilih untuk menggunakan kaedah penghidupan eletrik atau tendang. Untuk tujuan keselamatan, mempunyai lampu DRL (DRL) yang terang menjadikan anda selamat dalam apa jua situasi. Oleh itu, ES125 adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Jenis Enjin : 4-lejang, Sejukan Udara, Silinder Tunggal
Gerek & Lejang (mm) : Ø52.4 x 55.1
Sesaran (cc): 118.8cm3
Kuasa Maksimum : 6.5kW (8Hp) pada 7,500 r/min
Tork Maksimum: 9.5N.m pada 6,000 r/min
Nisbah Mampatan: 9.5:1
Sistem Penghidup: Eletrik & Tendang
Sistem Pencucuh: CDI
Jenis Klac: Kering, Emparan Automatik
Transmisi: CVT
Suspensi Hadapan: Teleskopik
Suspensi Belakang: Penyerap Kejutan
Brek Hadapan: Cakera (Disk)
Brek Belakang: Gelendong (Brake Shoe)
Tayar Hadapan: 70/90-14
Tayar Belakang: 80/90-14
Panjang Keseluruhan (mm): 1,860
Lebar Keseluruhan (mm): 690
Tinggi Keseluruhan (mm): 1,065
Tinggi Tempat Duduk: 745
Jarak Roda (mm): 1,295
Kelegaan Tanah (mm): 135
Berat (kg): 95
Kapasiti Bahan Api (L): 3
Bateri: 12V7Ah (Penyelenggaraan Percuma-MF)
Comments
Loading…