Suzuki Malaysia telah melancarkan dan sekaligus mengadakan majlis serahan secara rasmi motorsikal baharu Suzuki V Strom 250SX di Malaysia kepada 50 pemilik pertamanya.
Majlis pelancaran dan penyerahan Suzuki V Strom turut dihadiri oleh pemilik Suzuki V Strom yang datang dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Majlis ini diadakan untuk mengumpul dan meraikan 50 pembeli eksklusif yang terawal Suzuki V Strom dari seluruh Malaysia.
Pembeli dan pemilik pertama yang berjaya memiliki Suzuki V Strom yang berasal dari Klang Selangor memilih V Strom 250 SX berwarna oren merupakan peminat tegar motorsikal jenama Suzuki yang turut memiliki motorsikal Suzuki GSX 750 dan Suzuki RC 100. Menurut beliau, sebaik sahaja mengetahui Suzuki Malaysia sudah mula membuka tempahan untuk Suzuki V Strom 250 SX beliau terus sahaja menghubungi pengedar sah motorsikal Suzuki di Setapak dan terus membuat bayaran tunai untuk menempah dan membeli motorsikal tersebut yang berharga RM 17,800 sahaja.
Manakala bagi En. Ajib dari Setapak Kuala Lumpur pula membeli Suzuki V Strom kerana minat kepada harga yang berpatutan, reka bentuk adventurenya yang menarik dan ingin memiliki sebuah motorsikal serbaguna untuk kegunaan harian dan tunggangan jarak jauh. En Ajib yang memilih warna icon Suzuki Strom 250 SZ iaitu warna kuning sebagai pilihannya telah membuat tempahan ketika beliau berada di Thailand dan membuat bayaran secara TT ke kedai motorsikal tersebut.
Turut menjadi antara 50 pemilik pertama dalam majlis penyerahan motorsikal V Strom 250 SX di Malaysia yang diadakan di Gamuda Gardens Wellnes Centre, Rawang adalah pembeli dari Sabah dan Sarawak. Kesemua 50 pemilik terawal V Strom telah menerima sijil khas yang dikeluarkan oleh Suzuki Malaysia. Penyampaian sijil khas tersebut dilakukan oleh Pengurus Besar dan Pengarah Urusan Suzuki Malaysia, Datuk Jeffrey Lim Chee Sing.
Selain daripada majlis pelancaran dan penyerahan motorsikal V Strom 250 SX kepada pemiliknya, penganjur turut menyelitkan acara pertunjukan tunggangan ala ala “stuntman” dari penunggang motorcross terkenal di Malaysia iaitu saudara Gabit Saleh. Gabit telah mempamerkan beberapa skil tunggangan yang menarik dengan menggunakan motorsikal V Strom 250SX kepada hadirin yang hadir dalam majlis tersebut.
Sesi tunggang uji khas kepada wakil-wakil media juga turut diadakan di kawasan Kev Advenduro Park yang juga terletak didalam kawasan Gamuda Gardens Rawang.
Info Ringkas Suzuki V-Strom 250SX:
V-STROM mula dikenali di seluruh dunia semenjak pengenalan model V-Strom 1000 yang pertama pada tahun 2002. Kejayaan model ni telah membawa kepada pelancaran V-Strom 650 pada tahun 2004, diikuti oleh model-model lain seperti V-Strom 1050, V-Strom 800, dan V-Strom 650 yang memenuhi pelbagai keperluan pemiliknya. Kemunculan siri baharu V-Strom 250SX pada kali ini, bakal meneruskan legasi kecemerlangan ini. Direka untuk memenuhi keinginan peminat motosikal pengembara, V-Strom 250SX terbukti menawarkan prestasi yang hebat serta keselesaan kepada pemiliknya.
*Suzuki V-Strom 250SX adalah motorsikal crossover serba boleh yang sesuai digunakan di atas jalan raya atau laluan “off road”.
*Enjin satu silinder 249 cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
*Transmisi gear 6 kelajuan
*Kuasa 26.15 HP pada 9,300 rpm dan 22.2 Nm tork pada 7,300 rpm.
*Tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu oren, hitam dan kuning.
*Penghadang tangan sedia ada
*Tangki petrol 12 liter
*Lampu hadapan dan belakang LED
*Pengecas USB
*Panel meter digital
*Brek cakera depan dan belakang ABS
Comments
Loading…