in

UNITED SHARK REUNION DI HIMPUNAN TXR150 RTC GOPENGhagen 2024

Setelah sekian lama masing-masing membawa diri dari zaman bujang sehinggalah satu hari, terdetik inginkan kembali pertemuan sahabat-sahabat permotoran UNITEDSHARK, akhirnya di RTC Gopeng Himpunan TXR150 telah menyaksikan kami seperti jejak kasih semula.

Bermula dengan wujudnya ‘group whatapps’ dan dua bulan persiapan sebelum Himpunan TXR150 pada 28/7/2024 sehinggalah bertambah ahli kumpulan yang telah lama hilang dengan jejak demi jejak, akhirnya kami ber SILATURAHIM di event tersebut.

Tak dapat nak digambarkan betapa gembira, seronok dan ada juga kesedihan kerana ada sahabat yang telah pergi dahulu meninggalkan kami. Kami datang dari berbagai-bagai tempat antaranya Johor, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka malah sahabat UnitedShark dari utara semua seperti yang dijanjikan sehati sejiwa ingin berjumpa di RTC Gopeng seperti yang dirancangkan.
Maklum je la dah lama tak konvoi masing-masing terasa diri muda mudi seperti zaman bujang. Perjalanan dari serata pelusuk tempat dengan menggamit kenangan amat mengimbau suasana. Sampai hari yang dinantikan, kami berkumpul dan memasuki perkarangan tapak event bersama jentera yang dibawa dengan penuh semangat.

Bukan apa dah lama sangat tak berjumpa dapat peluang keluar dari rumah seperti terlepas dari kandang hahahaha! Tujuan datang menyokong dan silaturahim semua sahabat-sahabat seluruh Malaya. Apapun terima kasih pada setiap tok ketua presiden seperti Miji, Bob Unitedshark, Lan (gagak jahat), Shah, Megat, Encik Lan, Ayam Gadong, Sham Simpang Ampat, Bad Kulai, Pak Ann Puchong, Saiful Nizam, Segamat Box Crew. Man 3 Beradik Shah Alam dan paling tak lupa JEP PANDA dan suku sakat kito blake seluruh Malaya. I LOVE U ALL !

Insha Allah ada masa kita jumpa lagi dan tak lupa Al-Fatihah pada arwah sahabat2 yang telah pergi meninggalkan kita.

‘BIAR MOTOR TAK MARKET JANJI PUSING SATU MALAYA’
– UnitedShark (by CIKGU HELMI US)

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

50 Pembeli Pertama Terima Suzuki V-Strom 250 SX

RXZ MEMBERS 6.0 MENGHIMPONKAN HAMPIR 100 RIBU PENGUNJONG