Kita selalu sangat dihidangkan dengan bengkel2 motor yang pawer (power) dalam bab apgred (upgrade) enjin. Beribu pomen2 yang pawer ada di seluroh Malaysia, dan kalau dicampor dengan pomen2 ‘bawah pokok ceri’ (pomen sendiri, skru tak cukop last sadai tepi), ntah2 makan angka juta orang pomen jugak dah kat dalam Malaysia nih.
Tapi, dalam ramai2 ataupon jutaan pomen2 tuh, rasanya tak ramai yang sanggop ambik ataupon luangkan masa untok meneroka/eksplorasi perihal paparan meter digital yang banyak terdapat kat jentera2 moden. Paparan meter digital kat jentera2 moden nih sebenarnya ada jangka hayatnya, maknanya penunjok bar minyak, penunjok kelajuan dan lain2 lagi kat meter tu bakal menghilang sikit demi sikit dan akhirnya akan hilang kaput teros. Yang nampak hanyalah lampu bekgraun (background) saja, dan tragedi ni bukanlah Gua ambik dari pengalaman orang lain bahkan ianya dari pengalaman sendiri Nohhh!
Jentera Gua, Benelli RFS 150i, berusia lebeh kurang 4 tahon, telah mengalami ‘kehilangan’ paparan nombor2 penunjok dan bar di meter digital nya. Kelehetan kat tepi bingkai skrin meter tu nampak seakan kesan terbakar gitu, dan Gua yang hensem tapi bengap pasai meter digital nih dok kata dalam hati, meter nih dah rusak dan kena beli baru lah. Ranap lah lagi duit dalam poket nih huh. Itulah kesimpolan bagi saorang yang bengap pasai meter digital nih heh! Tapi takpa, yang penting hensem dan berambot wangi Nohhh!
Ntah macamana, Gua riki2 kat Yutiub bab meter digital yang hilang penunjok, jumpa lah beberapa video yang dok cerita pasal problem yang selalu terjadi kat meter digital nih. Rupanya ada satu lapisan macam stiker transparen dipanggil sebagai Polarized Film, dan stiker tu lah penyebab hilangnya paparan di skrin meter tuh Nohh!
Gua pon tengok la tutorial cara nak baikinya, tapi nampak macam remeh la pulak. Dalam masa yang sama, Gua ada join satu grup Benelli RFS kat Fesbuk, dan kat situ ada la member2 dalam tu yang dok up sorang brader nih yang pandai baiki meter digital. Brader tu pon pakai jentera Benelli RFS jugak, so memang lagi baguih lah sebab kami sama brand.
Dipendekkan cerita, Gua kontek brader tu melalui nombor Wassap dia, dan akhirnya Gua bawak lah motor Gua ke rumah dia untok urosan pembaikan meter motor Gua tuh. Paling syok adalah, sesampainya saja Gua kat parking rumah dia, tak sempat Gua nak bukak helmet lagi, brader nih dah start bukak side mirror motor Gua dah. Ini sesuatu yang amat diluar jangkaan, menunjokkan brader nih seorang yang tak rendang, tak buang masa dan komited dengan tugasnya. Ini Gua respek!
Okay, memperkenalkan… Brader Zul Kapal Garage, seorang yang sangat peramah, tidak lokek ilmu dan merupakan seorang yang sangat entuzias (enthusiast) dengan sesuatu yang bersifat elektronik. Walaupon dia bukanlah bekerja dalam bidang elektronik, tapi dia punya minat yang sangat mendalam dalam bidang papan litar elektronik. Brader Zul sebenarnya adalah seorang Bikers bermazhab Superbike dan Resing Trek, masa pertengahan 90an dia dah pakai superbike, dan pernah pakai beberapa model superbike. Hingga ke saat ini, selain pakai Kapcai Benelli RFS 150i serta beberapa buah lagi motor sampingan, dia ada jugak sebijik Benelli TNT 600.
Selain minat motor superbike, Brader Zul Kapal Garage jugak berkecimpong aktif dalam dunia permainan Remote Control (RC) satu masa lalu. RC kereta dia main, RC Helikopter pon dia main. Maka, bertitek tolak dari minatnya tu, dia akan operate sendiri permainan2 RC tu, bukak itu, tukar ini, solder perintang tu lah, tambah perintang ini lah. Dalam masa yang sama, dia akan bikin RnD sendiri untok kereta dan helikopter RC dia. Senang cakap, memang dia amat ‘into’ dengan benda2 elektronik nih la.
Bila motor Benelli RFS dia tiba2 jadi problem kat paparan meter, maka sebagai seorang Mek Gaiver (Mc Guyver) dia pon operate lah meter dia sendiri. Dipendekkan cerita, elok semula lah meter dia setelah dia tukar Filem Polarais tuh. Kejadian ni terjadi pada bulan posa tahon 2022 ni la. Lepas dia setelkan meter dia, dia up hasil kerja dia kat Grup Fesbuk Benelli RFS tu, dan tak sangka rupa2nya masalah meter hilang paparan nih dialami oleh ramai pemilek2 Benelli RFS! Start dari situ, hinggalah ke saat artikel ini ditulis, Brader Zul nampaknya tak menang tangan menerima meter2, baik dari yang pos meter dorang kat dia, dan jugak yang datang bawak motor sendiri ke rumah dia. Dalam 3-4 bulan nih, ada lebeh kurang 50-60 buah meter dah yang berjaya Brader Zul baiki, dan paling jauh yang hantar kat dia adalah dari Sarawak! Katanya, dari Sabah pon sedang dalam on de way sekarang nih. Kalau dalam semenanjong nih, buleh kata semua negeri dah pernah hantar meter kat dia. Bagi Raider2 yang dok area Lembah Kelang, buleh direct teros aja ke rumah dia di Sungai Buloh. Bagi yang dok jauh, buleh pos aja meter ke rumah dia. Selalunya, Brader Zul akan ambik masa dalam DUA hari aja untok pos semula meter tu, tapi kalau JNT ada masalah, mungkin akan lambat sikit la. Sebenarnya, proses menukarkan filem polarais di meter digital tu hanya mengambil masa sekitar 40 menet hingga ke 1 jam saja. Brader Zul ni buleh dikatakan amat cekap buat kerja dia, kalau kita bawak motor ke rumah dia, rasanya dalam sejam pon tak sampai menunggu, tup2 dia keluar aja dari rumah… Siap!
Kerjanya pantas dan padu Gua cakap Lu !
Apakah brader Zul hanya baiki meter Benelli RFS saja ka? Katanya, dia tak limitkan kepada mana2 brand, kalau ada motor2 jenama lain yang ada masalah yang sama, hantar aja kat dia, inshaAllah dia akan tolong baiki sedaya upaya. Dia pon bukan saja takat repair tukar filem polarais, dia buleh jugak tambah2 lampu LED dan apa2 lah yang melibatkan urosan elektronik di papan meter tuh.
Harga? Okay, bagi Gua, harga yang dia charge amat berbaloi. Kalau meter hilang paparan dan hanya perlu tukar filem polarais saja, harganya cuma RM60 (Kalau pos kena tambah sikit lah Nohhh). Kalau ada benda2 lain, dia akan cas la sikit2. Tapi tak sampai RM100 lah. Brader Zul jugak menyediakan servis pegi ke rumah Owner untok baiki meter tu. Tapi terhad untok Raider2 yang tinggal dalam lembah klang saja lah. Nanti dia akan charge la sikit duit minyak habuan dia nak pegi rumah Lu Orang tu Nohhh! Teros terang cakap, Brader Zul nih tak berkira sangat pon, dia lebeh kepada nak tolong setelkan masalah dengan bayaran yang enak didengar.
Gua punya meter haritu, Gua suroh dia buat bagi angle/sudot gelap sikit, dan hasilnya memang padu dengan harga mampu! Memang, pada mulanya Gua dok rasa macam nak buat sendiri aja tukar filem tuh. Tapi bila Gua tengok sendiri cara2 nak bukak casing meter tuh, Gua dah mula rasa macam tak sanggop. Lepas tu, ada part yang kita perlu tanggalkan kaki meter tu dimana kita perlu solder dulu bagi kakinya cair untok kita cabut keluar. Part nih memang seram lah. Banyak jugak Brader Zul kata dia terima meter2 yang mengalami kerusakan. Ini semua sebab owner mencoba terai bukak sendiri. Last sekali, meter terpeleot. Nasib baik lah Brader Zul buleh repair balek sikit2 heh!
Okay, selamat maju jaya buat Brader Zul Kapal Garage, dan siapa2 yang dok pening pasal meter digital hilang penunjok, dengan pantes lah kontek/wassap Brader Zul ditalian :+6013 292 0077.
Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…