in

Yamaha Tekhne AHM Motor Sports Lancar Pasukan Baharu Cub Prix 2024

Yamaha Tekhne AHM Motor Sports memperkenalkan barisan pelumba dan jentera baharu mereka bagi menghadapi cabaran musim baharu kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix 2024. Yamaha memiliki pengalaman luas lebih 35 tahun dalam bidang perlumbaan tempatan dan antarabangsa.
Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports sebagai perintis dan peneraju utama perlumbaan motosikal di Malaysia, akan diketuai oleh pengerusi pasukan Kenny Chua dan CEO pasukan, William Chua.

Pasukan tersohor dan “kuasa besar” dalam bidang sukan permotoran ini telah mengukir namanya dalam catatan sejarah perlumbaan dengan menetapkan standard prestasi dan inovasi ditahap tertinggi. Di sebalik kejayaan Yamaha Tekhne AHM Motorsports terdapat perkongsian strategik dengan gergasi industri Yamaha (pembekal motosikal) dan Tekhne (pembuat alat ganti motorsikal).

Gabungan 2 pemain utama dalam industri permotoran yang mantap ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan untuk terus berada di barisan hadapan dunia perlumbaan, dimana mereka akan mendominasi teknologi canggih dan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk mencapai kejayaan.

Untuk menghadapi saingan dalam perlumbaan Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix 2024, pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports bakal menampilkan pelumba pelumba berpengalaman dan pelumba baharu dalam 2 kategori yang disertai. Tiga pelumba iaitu Iqbal Amri Malik, Faiz Zekri dan Syukran Aizat akan menggalas cabaran dalam kelas CP150 yang menggunakan motorsikal Yamaha Y15ZR, manakala Afizad Supaat dan Ahmad Iqram Danish pula akan bersaing dalam kelas CP125 menggunakan motorsikal Yamaha Lagenda 115. Ahmad Iqram Danish yang baru berusia 16 tahun merupakan pelumba termuda dalam pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports.

Prof. Datuk Dr Jim Khor Mun Wei, dalam ucapan aluannya menegaskan Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motorsports bertekad untuk terus mencari dan memberi pendedahan kepada bakat bakat baharu dalam sukan perlumbaan motorsikal dan sekaligus memberikan latihan secara profesional untuk melahirkan pelumba pelumba tempatan yang bertaraf dunia. Pasukan Yamaha merupakan pasukan yang telah berjaya dan sering menguasai tempat teratas dalam saingan Kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix. Disamping kejayaan tersebut, Yamaha turut melahirkan puluhan pelumba dan juara muda yang turut mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Program Pelumba Muda Petronas yang turut disertai oleh Yamaha telah melahirkan ramai pelumba muda yang berjaya sehingga mampu bersaing diperingkat antarabangsa.

Antara pertandingan yang telah mereka sertai ialah perlumbaan Moto 2 Gp (wildcard), Moto 3 Gp (wildcard), kejohanan CEV, ARRC (kejohanan perlumbaan jalan raya asia), perlumbaan di Thailand, perlumbaan di Indonesia serta SBK Australia (kejohanan superbike).

Majlis memperkenalkan pasukan Yamaha Tekhne AHM Motorsports baharu ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries (HLI), Prof. Datuk Dr Jim Khor Mun Wei, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing (TWMR) Ron Hogg, Pengerusi Yamaha Tekhne AHM Motor Sports, Kenny Chua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, William Chua dan pelumba pelumba pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports.

Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports akan menampilkan aksi sulung mereka pada saingan perlumbaan pusingan pertama kejohanan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang akan berlangsung pada 2-3 Mac 2024 di Jasin Bistari, Melaka.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Warna Baharu Yamaha Tmax Tech Max

JOM NAIK KAPCAI: TEST RIDE YAMAHA EZ115