Yamaha EZ115, merupakan motorsikal kapcai generasi baharu daripada Yamaha yang sesuai untuk digunakan untuk semua golongan dan di mana sahaja samada untuk kegunaan ulang alik ke tempat kerja atau menggunakannya untuk melakukan kerja-kerja harian seperti “rider”, penghantar surat atau untuk kegunaan harian seperti ke masjid, surau atau untuk bersiar-siar didalam kawasan kampung dan dalam kawasan taman perumahan bersama cucu-cucu.
Walaupun Yamaha EZ115 dilengkapi dengan enjin Fi EU4 yang berprestasi dan berkuasa, namun bunyi enjin tetap lembut dan enjinnya terasa ringan apabila throttle nya mula dipulas dan ketika motorsikal bergerak di atas jalan raya. Ketika menunggang didalam bandar yang padat dengan kenderaan seperti di bandaraya Kuala Lumpur atau ketika melalui jalan yang dipenuhi oleh kenderaan di waktu pagi atau di waktu petang ketika orang ramai berpusu menuju ke tempat kerja atau pulang ke rumah, Yamaha EZ115 masih dapat dikemudikan dengan mudah dan mampu bergerak lincah kerana ia dibekalkan dengan enjin yang memiliki kuasa maksimal 9.9hp yang sudah cukup memadai untuk melonjakkannya meluru ke hadapan dan kemampuan brek cakera hidraulik hadapannya dan brek jenis drum di belakang yang mencengkam dengan begitu baik dan cekap memudahkan penunggang untuk melakukan pemberhentian secara tiba tiba atau mengejut (emergency brake). Sebagai info tambahan, kehebatan Yamaha EZ115 sudah terbukti apabila mampu menjuara Petronas Cubprix dalam kategori CP115!
Mendaki bukit seperti di laluan Genting Highland tidak menjadi masalah kepada Yamaha EZ115 yang mampu bergerak pantas dan lancar. Dengan hanya memiliki berat sekitar 98 kilogram Yamaha EZ115 boleh memanjat bukit Genting dengan mudah walaupun di laluan bukit yang sangat menegak dan berkonar. Dengan Yamaha EZ115 juga, penunggang boleh menunggang dengan santai menikmati udara segar dan pemandangan menarik sambil mengambil gambar atau video dengan menggunakan telefon bimbit kerana EZ115 menggunakan gear biasa tanpa klac tangan.
Yamaha EZ115 juga sesuai dan selesa digunakan untuk perjalanan jarak jauh kerana kedudukan tempat duduknya yang ergonomic, tidak menyakitkan bontot atau pinggang penunggang dan juga tidak memenatkan. Tangki petrol yang boleh mengisi sehingga 3.9 liter membolehkan Yamaha EZ115 bergerak sejauh 140 kilometer tanpa henti.
Tunggangan pada kelajuan sekitar 100 kilometer adalah kelajuan yang sesuai dan sesedap rasa untuk Yamaha EZ115 walaupun kelajuan maksimanya boleh mencapai sehingga 115 kilometer sejam. Selain daripada boleh meletak bakul barang di tempat yang di sediakan, di bawah tempat duduk juga di sediakan ruang tempat menyimpan barang bersaiz 14L yang boleh memuatkan barang-barang seperti baju hujan, telefon bimbit, dompet, bekas air minuman atau sebuah helmet “sekerat”.
Yamaha EZ115 menyediakan dua pilihan untuk menghidupkan enjin, samada menggunakan kaki (tendang) atau dengan hanya menekan butang penghidup elektriknya yang lebih memudahkan.
Yamaha EZ115 mudah dan sesuai untuk kegunaan semua golongan termasuk untuk kegunaan wanita yang berulang alik ke tempat kerja atau untuk kegunaan makcik yang selalu ke kedai runcit untuk membeli barang dapur atau untuk “membawang” ke rumah-rumah jiran sekampung atau meronda di dalam kawasan taman perumahan atau kawasan felda.
Yamaha Teros Didepan!
Comments
Loading…