Untok mencipta keghairahan berpanjangan terhadap jentera Superbike nih, Yamaha telah memberikan variasi baru dengan Kaler terbaru yoyeahhh! Untok kali nih, dengan kegilaan dan trend semasa terhadap warna2 sebam/matt, maka dua pilehan kaler telah dilaksanakan dengan jayanya yaitu kaler Biru Sebam (Matt Blue) dan jugak Silver Sebam (Matt Silver).
Kaler2 terkini dan sensasi ini sudah berada dipasaran bermula pada 17 Februari 2020. Sekarang ni kompom dah terparking baik punya lah kat kedai2 motor berhampiran Nohhh!
Harganya jugak kekal tak berubah, walaupon ketika Gua menulis artikel ni keadaan di Parlimen Malaysia amat hot dan penoh dengan spekulasi akan berlakunya perubahan Kerajaan dan sebagainya, tapi buat pehak Yamaha, mereka tetap tidak mengubah harga jentera R25 ini. Harganya tetap macam dulu yaitu RM 19,998.00 (tak masok cukai dan insuran).
Apa tunggu lagi? Takkan nak tunggu jugak Skoot Advencher dari jenama H kot? Entah2.. Kalau Lu orang pi beli R25 ni secara loan, dan kekal disiplin membayar setiap bulan dan bila dah abeh bayar pon ntah2 tak sampai2 jugak Skoot Advencher tu keh keh keh! Sori Gua bergurau aja.. Amboi..nak tukar menteri baru ni pon takkan la takleh nak gurau2 sikit kot.. Kata Malaysia Terbaru…
Comments
Loading…