Sempena Hari Malaysia 2023, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) buat pertama kalinya telah melancarkan Karnival Yamaha GEN BLU di tempat letak kereta Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, dan ini juga merupakan Karnival Gen Blu yang pertama yang diadakan di Malaysia Timur.
Karnival Gen Blu, didedikasikan untuk menghargai pelanggan dan rakan kongsi industri HLYM, adalah bukti kepada komitmen HLYM untuk memperkayakan gaya hidup pelanggannya melalui falsafah 1C5Snya (Pelanggan, Jualan, Perkhidmatan, Alat ganti, Masyarakat dan Keselamatan) yang mengutamakan pelanggan-sentris dan pengalaman pengguna yang tinggi.
Karnival Gen Blu memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai gaya hidup HLYM melalui aktiviti yang disediakan, seperti tawaran promosi, konvoi motorsikal Yamaha tunggang uji motorsikal, aksi “stuntman”, previu model baru, pameran mototsikal Yamaha, peraduan “best custom” pertunjukan kebudayaan warisan budaya negeri Sabah dan cabutan bertuah dengan tawaran hadiah utama sebuah Skuter XMax 250.
Karnival GEN BLU tahun ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei, bersama Pengarah HLYM, Encik Taketoshi Takabayashi, Pengurus Besar 3S dan Pemasaran HLYM, En. Hoo Wan Tim, dan Pengurus Besar HLYM Alat Ganti YGP, Encik Goh Wei Ping.
Bagi memperingati majlis itu, seramai 60 penunggang motorsikal Yamaha telah berkonvoi sejauh 1,200km selama 2 malam 3 hari dari Kuching, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah termasuk melalui negara Brunei.
Konvoi itu turut disertai oleh wakil media, Duta Dewi Yamaha Ahirine Ahirudin, pengedar Yamaha pelanggan setia Yamaha, Persembahan Konsert oleh band tempatan, Peraduan Pakaian Terbaik untuk Dewi Yamaha dan Pameran motorsikal Perlumbaan Yamaha.
Penampilan istimewa untuk karnival Gen Blu tahun ini ialah pameran motorsikal Yamaha Tenere 700 Adventure Bike, yang di jadualkan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Yamaha Tenere 700 Adventure adalah motorsikal pengembaraan untuk kegunaan jalanraya biasa dan “off road”, dikuasakan oleh enjin dua silinder 689cc dengan penyejukan penyejuk cecair, meter warna TFT lima inci dengan dua tema grafik. Peminat jentera Yamaha di Malaysia dan Eropah sedang ternanti nanti kemunculan pertama Tenere 700 Adventure ini Nohhh!
Harga runcit Yamaha Tenere 700 Adventure yang disyorkan ialah RM69,988 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans), dan dibuka secara rasmi untuk tempahan di semua Pengedar Yamaha Big Bike yang sah seluruh negara bermula dari 18 September 2023.
Peserta karnival yang membeli Goodie Bag Karnival GEN BLU 2023 layak untuk menyertai peraduan Cabutan Bertuah, di mana hadiah utama ialah sebuah YAMAHA XMAX 250 dan hadiah yang lain seperti sebuah YAMAHA R25, sebuah YAMAHA MT-15, sebuah YAMAHA EGO Gear, dan sebuah YAMAHA EZ115:
Shabbas dan Tahniah untok semua yang terlibat menjayakan Genblu 2023 ini Joyyeahhh!
Comments
Loading…