Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke 45 Hong Leong Yamaha Motor di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor HLYM) memperkenalkan motosikal ke-6 juta dan pembukaan rasmi muzium motosikal “SPACE Y” di Sg Buluh, Selangor.
Bagi memperingati pencapaian bersejarah ini, HLYM mengeluarkan secara eksklusif Yamaha Y16ZR 6MRO( 6th Million Motorcycle Roll-Out) Edisi Khas. Hanya 3,000 unit sahaja model edisi khas dikeluarkan bagi memperingati ulang tahun ke 45 tahun Hong Leong Yamaha Motor di Malaysia. Model eksklusif ini adalah bukti dan komitmen HLYM untuk menggabungkan prestasi tinggi dengan kesenian rekaan unik yang menampilkan skema warna asimetri yang inovatif, pada setiap sisi motosikal mempunyai warna yang berbeza- mewujudkan kehadiran yang agresif dan menarik secara visual di jalan raya.
Y16ZR 6MRO direka untuk peminat Yamaha siri Y16 dan penunggang yang memiliki semangat yang membara. (Sebelum ini HLYM telah mengeluarkan beberapa edisi khas Yamaha Y16ZR seperti Yamaha Y16ZR edisi MotoGP, edisi ‘Tech Art’ Doxou Yamaha Y16ZR, dan edisi Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary.)
Setiap unit Y16ZR 6MRO akan mempunyai nombor siri dan “EMBLEM” khas 6MRO sebagai tanda memperingati keluaran motorsikal Yamaha yang ke 6 juta unit di Malaysia. Pembeli Y16ZR 6MRO juga akan menerima pakej cendera mata seperti sebuah helmet jenama Tekhne bersama nombor siri, seutas jam tangan jenama Casio, plat sijil logam dengan nombor siri eksklusif Y16ZR 6MRO. Tiada sebarang perubahan rekabentuk dan spefikasi dilakukan ke atas Y16ZR 6MRO.
Peminat yang ingin memiliki Yamaha Y16ZR 6MRO boleh mengunjungi semua pengedar sah Yamaha bemula 1 Disember 2024.
Harga asas disyorkan sebanyak RM13,668 tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.
SPACE Y MUZIUM MOTORSIKAL YAMAHA:
Hong Leong Yamaha Motor HLYM turut melancarkan “SPACE Y” iaitu Muzium Motosikal yang pertama di Malaysia yang terletak di ibu pejabat HLYM di Sg Buluh Selangor.
Muzium unik ini menawarkan peluang kepada peminat motosikal untuk menerokai sejarah kehadiran Yamaha Motor, inovasi termaju dan kesenian yang bakal menjadi satu lokasi baharu yang menarik untuk dikunjungi oleh peminat permotoran di Malaysia.
Menampilkan evolusi motosikal Yamaha, dari mula dikeluarkan hingga ke hari ini dan di masa hadapan, Space Y yang berkeluasan 9,000 kaki persegi terletak di Ibu Pejabat “stesen gaya hidup motor Yamaha”, menjanjikan pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung Space Y. Space Y juga telah mencatatkan nama ke dalam Malaysia Book of Records sebagai sebuah Muzium Motosikal yang Pertama Malaysia, melambangkan komitmen Yamaha Motor untuk meneroka dan memperluaskan pengalaman permotoran di Malaysia.
Waktu operasi Space Y adalah dari hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 10:00 pagi sehingga 5:00 petang, dan pada hari Sabtu setiap bulan, 10:00 pagi hingga 4:00 petang. Sebagai menghargai sokongan daripada rakyat Malaysia terhadap Yamaha Motor, HLYM telah mengumumkan kemasukan percuma sehingga 31 Disember 2024.
Bermula pada 1 Januari 2025, caj untuk memasuki Muzium Space Y adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Dato Prof. Dr. Jim Khor, Pengarah Urusan Kumpulan, Hong Leong Industries Berhad menzahirkan rasa gembiranya di atas kejayaan HLYM mengeluarkan motorsikal yang ke 6 juta dan menyifatkan kejayaan ini adalah satu pencapaian yang bersejarah dan sangat membanggakan. HLYM juga berjaya mencatatkan rekod pengeluaran satu juta unit motorsikal dalam masa 37 bulan sahaja. Pencapaian ini merupakan satu sejarah dalam industri motosikal Malaysia.
“Kami komited untuk terus berusaha ke arah pencapaian pengeluaran ke-7 juta motorsikal kami”, tambah Dato’ Prof. Dr. Jim Khor.
Muzium Space Y terbahagi kepada bahagian seperti teknologi, sejarah, perlumbaan, paparan evolusi motosikal yamaha, terowong inovasi, ruang interaktif dan seni, ruang dinamik, dewan teater dan Space Y shop yang menjual pilihan pakaian dan barang koleksi eksklusif berjenama Yamaha.
Sempena dengan pembukaan Space Y dan sambutan ulang tahunnya yang ke-45, Hong Leong Yamaha Motor menjemput orang ramai untuk merasai pengalaman yang menarik di Muzium Space Y di Sungai Buluh, Selangor Darul Ehsan.
Jom!
Comments
Loading…