WMoto telah melancarkan WM110 versi dipertingkat (facelift) dari segi warna dan grafik bagi menyerlahkan visual keseluruhan yang premium. Motosikal ekonomi ini mempunyai corak baru dengan warna yang menyerlah serta mengekalkan spesifikasi teknikal yang asal. Motosikal berkonsepkan mampu milik ini ditawarkan pada harga asas iaitu RM3,788.00 sahaja.
WM110 menggunakan enjin 109cc dengan kemampuan untuk mencapai 7.1Hp pada 8,000rpm dan tork 7.2Nm pada 6,000rpm. Selain itu, WMoto WM110 turut menggunakan suspensi jenama Kayaba (KYB) yang memberikan tahap prestasi pengendalian, kestabilan dan keselamatan perjalanan yang lebih tinggi. Selain itu, WM110 menggunakan brek cakera pada roda hadapan yang dapat meningkatkan keselamatan penunggang semasa membrek.
WMoto WM110 dilengkapkan dengan lampu hadapan terang benderang sebagai ciri-ciri keselamatan ketika menunggang di waktu malam. Sangat membantu buat Raider2 yang ada masalah rabon malam Nohhh! Motosikal ini memiliki kapasiti tangki minyak sebesar 4 liter yang sesuai untuk kegunaan harian dengan kemampuan untuk pergi sejauh 55km per liter pada kelajuan purata 80-90 km/j.
Motosikal yang cukup sempurna untuk kegunaan harian ini mempunyai tiga warna pilihan yaitu Biru, Merah dan Hitam dan boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia sekarang. Pembeli WM110 juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Teros Rock N Ride Bersama WMoto Nohhh!
Comments
Loading…