Dengan promosi yang buleh dikatakan tidaklah terlalu Ya Ya sangat, tapi hasilnya diluar jangkaan Nohhh! Memang kali nih jelas kelehatan event di Dannok ini mencapai stendet sebuiah Bike Week. Sebelom nih ada beberapa siri event di Dannok, tapi kurang menyengat sangat. Akhirnya, pada 18-19 Ogos 2023, pemandangan suasana bikeweek jelas kelehatan di pekan Dannok Nohhh!
Gua pi event tu dah malam dah, itupon hanya pada malam terakhir (Sabtu malam Ahad). Masa tu Sek Loso tengah dok perform. Memang kawasan event sebelah luar ni padat dengan pelbagai jentera. Kawasan dalam – area konsert dan jualan booth- telah dipagar keliling. Ianya lebeh kepada acara konsert berbayar, sapa nak masok kena beli tiket lah dulu. Ada jugak pekej jualan T Shirt sekali dengan tiket konsert, dan kalau takmau beli T Shirt, masok tengok konsert saja pon buleh jugak, bayaq la 200BHT. Belah dalam tu Lu Orang buleh rujok lah gambar yang dipaparkan dibawah. Sendat lagi mengghairahkan, panas2 suam Jo Yeahhh!
Dianggarkan hampir 10 ribu pengunjong menghadiri acara Thai Malay Bikeweek 2023 nih. Paling syok adalah kehadiran geng2 Siam pon buleh tahan. Ramai jugak lah bikers2 Siam yang turon sapot event nih. Selalunya kalau event kat sempadan, terutamanya kat Dannok ni kebanyakkannya muka2 Malay aja tapi kali nih agak berbeza. Banyak jentera2 plat siam kat tapak event tu Nohhh! Memang mencapai tajok acara tu la, Thai Malay Bikeweek!
Okay, semoga maju jaya buat 4 organizer event nih yaitu Sadao Border Bike Team, Jailong Bikers Shop, Siam Saiburi Malaysia dan Vampire MC Hua Hin. Jumpa lagi di tahon depan Nohhh!
Comments
Loading…