in

SYED AMMAR SPAREPART MAESTRO

Pakar Restoration RXZ Dari Perlis!

Ketika artikel ini ditulis, Covid 19 sedang mengganas di Perlis. Sudah 10 orang disahkan positif dan ianya adalah dari kluster Sivagangga/Napoh, Kedah Darul Aman. Kawasan Sanglang Perlis -lebeh tepat Kuala Sanglang, kini menjadi area merah. Oh Allah.. berikan kekuatan dan jauhkan kami dari wabak durjana itu. Amin…

Syed Ammar, seorang jejaka awal 30-an adalah satu contoh bisnesmen yang harus dicontohi oleh Raider2 yang lain. Di usia yang muda belia nih, dia dah berjaya membuka satu kedai yang khusus untok baik pulih atau bahasa karannya Restore jentera RXZ. Jentera RXZ adalah jentera yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. RXZ adalah lambang kemegahan dan kebanggaan bagi sesiapa jua yang memilekinya Oyeahhh!

Syed Ammar Sparepart bermula dengan tanpa rancangan, sekadar suka2 saja. Memang Syed Ammar sendiri seorang pengagum dan pencinta jentera RXZ. Tahon 2008 dia dah berjaya beli sebijik RXZ dengan harga RM 1.8K, dan setelah pakai beberapa lama, dia tolak motor tu kat orang yang dok area Arau Perlis jugak. Motor tu katanya ada dok berkeliaran di area situ lagi.

Bila dah ada sikit pengalaman dan ilmu pasal RXZ, Syed Ammar mula cari dan explore bab spare part untok RXZ pulak. Motor RXZ pon dia cari dan beli, spare part pon dia bedal lah kalau terjumpa kat mana2 kedai. Habeh lah dealer2 RXZ dia rodong untok cari part2 RXZ yang rare. Dari sehari ke sehari, dengan menggunakan Facebook sebagai platform bisnes, akhirnya nama dia mula mendapat perhatian geng2 RXZ. Barang2 spare part pulak makin lama makin banyak dalam simpanan, dan dipendekkan cerita, daripada sekadar suka2 buat bisnes sparepart online, akhirnya telah menjadi satu kerjaya tetap dengan membukak sebuah kedai Nohhh!

Kini, sebuah kedai spare part RXZ telah tersergam indah dibahu jalan utama Arau, Perlis. Kedai ini dipenohi dengan part2 RXZ yang original, yang siam dan jugak yang rare pon ada. Bukan sahaja part2 RXZ, kedai Syed Ammar jugak ada spare part untok jentera2 Honda dan lain2. Kalau susah sangat nak cari parts, sila kontek Syed Ammar, inshaAllah dia buleh tolong punya lah! Bab harga janganlah dirisaukan, buleh sembang punyalah.

Dikedai itu jugak telah siap sedia satu ruang khas untok kerja2 Restoration RXZ. Cakap saja nak restore macam mana, semua buleh direalisasikan. Harga pon akan ikot pelanggan punya bajet. Nak full ori pon buleh diusahakan, nak sipi2 ori pon buleh. Mau kalau nak skru ori dari Jepon pun ada Nohhh!

Menurot Syed Ammar, kerja2 Restoration dibuat oleh seorang pakar yang berpengalaman dan mempunyai ketelitian tahap 4. Memang kompom puas hati Gua cakap Lu! Oh ya, berita terkini dari kedai Syed Ammar adalah, selain jual spare part dan Restoration, kedai ini jugak akan bikin servis motor. Nak bikin laju atau separa laju, atau nak pasang aksesori atau apa2 lah, inshaAllah buleh buat dikedai dia. Ada pomen baikkk punya kat situ Nohhh!

Okay, selamat maju jaya buat Syed Ammar Sparepart, dan kepada Raida2 yang dok tercari2 part2 ori atau apa saja part2 yang berkaitan, boleh kontek Syed Ammar kita nih.

FB : Syed Ammar Spareparts
No. Tel/WA : 012 434 4214

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

EMPAYAR SCOOTER PART UTARA ONLINE

KAWASAKI GPZ 250R 1986