in

KAWASAKI GPZ 250R 1986

Model rare terpadu trokkk dan pernah muncol dalam filem Pelumba Malam!

Jentera ni adalah antara jentera Sportbike Retro yang agak rare dari Kawasaki. Bagi Gua, ini antara desig-design terawal Naked Bike untok sebuah jentera berkapasiti 250cc. Paling syok pasal jentera ni adalah, ianya amat2 rare terokkk untok dilehat dijalanan mahupon di event2 Retro. Maka, Gua amat berbangga dapat review jentera ni kat website majalahkapcai.com.

Okay, kita review santai2 dulu sebelom Gua turon ke rumah owner nih. Nama owner ni ialah Brader Ozzie, seorang member lama semenjak zaman kegemilangan Kapcai C70 klasik dulu. Tak silap tahon 2007 atau 2008 nan silam Nohhh!

Brader Ozzie adalah penganot kuat mazhab Klasik Retro. Mempunyai berbagai2 model motorsikal dirumahnya. Ada yang disimpan, ada yang dibeli pastu dijual balek dan begitulah kerjanya sampailah Abang Jamil Mampos!

Bulan November 2019 sebelom Covid menyerang dunia, dia dapat jentera ni dari seseorang yang jugak kaki Klasik Retro. Mula2 tu dia gayat jugak sebab dia sendiri tak familiar dengan jentera nih. Pendek kata memang dia tak tau pasal motor Kawasaki model nih. Yang selalu dia tengok Kawasaki model GPZ 400-1000.

Owner sebelom ni offer nak jual kat brader Ozzie, tapi harga amatlah keras. Memang takdak hati dan perasaan pada mulanya. Tapi itulah..Jodoh itu tidak kemana jua. Suatu hari nan ceria, suasana indah nian stana bunian, Owner tu kontek lagi sekali, bagitau kat brader Ozzie yang dia perlukan duit atas sebab2 tertentu yang mendesak, dan dia offer harga yang masok akal. Ozzie pikir punya pikir, tilik punya tilik bulan tak timboi timboi. Jadikkkk!

Memang jentera ni pada mula dia beli dulu banyak part2 yang tak cukop. Jenoh jugaklah korek sini sana nak kasi jadi sempurna semola. Akhirnya, setelah bertungkos lumos, terhasillah semula sebuah jentera Sportbike (Semi Naked) yang seimbas dan sedondon dengan jentera yang dipakai dalam filem Oh Fatimah dan jugak Pelumba Malam. Dalam filem Oh Fatimah, Badol guna Kawasaki GPZ 250R ni keluar dating dengan Fatimah (Raja Noor Baizura). Dalam filem Pelumba Malam pulak, jentera ni di Riding oleh Sidi Oraza. Keduanya warna merah, sama macam yang brader Ozzie ni punya Nohhh!

Kata Ozzie, dia keluar belanja hampir 4K jugak lah untok restore jentera ni, dan kini ianya menunggu masa yang sesuai untok beraksi di event2 Retro. Harap2 cepatlah Covid 19 habeh.

InshaAllah, tak lama lagi Gua akan turon sendiri ke rumah brader Ozzie untok bikin fotoshut jentera nih Oyeahhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SYED AMMAR SPAREPART MAESTRO

MBG RIDE CAMP OUT 2020