in

SUZUKI VS RIDE ON : Ride Island To Island 2022

Salam pada semua rider diluar sana. Ini baru lah bukan biasa-biasa, minat dan kepuasan mengatasi segalanya oyeahhh. Di antara yang jarang kedengaran atau muncul di jalanraya tapi ia tetap ada. Walaupun ketika ini dengan pelbagai jenis skuter moden telah banyak berada di pasaran dan juga pilihan semakin banyak, peminat skuter Suzuki VS tetap setia dengan berkongsi minat yang sama diantara pemilik-prmilik skuter ini. Model Suzuki VS bukan lah asing, ianya pernah jadi fenomena penakit berjangkit bak vaires kovid suatu ketika dulu, dengan memeriahkan dunia permotoran negara terutama dengan rekaan corak warna dan sistem audio yang telah dipasang di skuter ini, untuk kelihatan menarik dengan berlainan dari biasa.

Kini satu acara julung kali telah berjaya di anjurkan dan berjaya mengumpulkan pemilik-pemilik Suzuki VS dari Pulau Pinang untuk berkonvoi ke Pulau Langkawi baru2 ini. Program ini juga telah diuruskan oleh saudara Ihsan & Marzuki. Perjalanan konvoi ini telah bermula dari Pulau Pinang Ke Pulau Langkawi pada 29/7/2022 hingga 31/7/2022.

Jumlah peserta yang mengikuti konvoi Suzuki VS ini adalah sebanyak 25 buah, campor2 antara Suzuki VS125 & VS150. Berikot adalah sedikit catatan ketika berkonvoi ke Langkawi.

Hari pertama:
– Begerak dari Penang 3 pagi 29/7.
– Tiba di Wang Kelian View Point pada jam 6 pagi untuk menikmati pemandangan Awan Nano.
– Menaiki Feri Wantas Roro dari Kuala Perlis ke Dermaga Tanjung Lembung, Pulau Langkawi jam 2 petang.
– Tiba di Pulau Langkawi jam 5 petang.
– Check-in penginapan di Cloud9 Holiday Cottages, Kedawang.

Hari Kedua: Konvoi telah mengelilingi Pulau Langkawi.
– Sarapan
– Pantai Cenang
– Makam Mahsuri
– Bersiar-siar / membeli-belah di Pekan Kuah
– Dataran Lang
– Kilim Geo Park
– Mendaki Gunung Raya setinggi 773 meter atas paras laut
– Tanjung Rhu
– Telaga Harbour Marina (sunset cruise)
– Makan malam di Restoran Krua Thai, Kuah.
– Mercu Tanda Pekan Kuah, Maha Tower

Hari Ketiga:
– Checkout 9 pagi dari Cloud9 Holiday Cottages.
– Menaiki feri Wantas Roro dari Dermaga Tanjung Lembung balik ke Jeti Kuala Perlis
– Tiba di Jeti Kuala Perlis jam 3 petang
– Teruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang

Begitulah serba ringkas perjalanan geng skoot Suzuki VS yang semestinya akan teros memeriahkan dunia permotoran tanahair. Geng VS125 dan VS Penang dah kembali aktif, mana geng2 lain? Takkan dok tidoq lagi Nohhh!

Gambar dan Teks : Amin Mika8 Channel <amindahlia86@gmail.com>

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TERSEREMPAK JENTERA MISTERI SEDANG DI TEST KAT HAIWEY ! SALAH SATUNYA BERBODI ALA2 SPORTSTER NOHHH!

JENAMA AVETA KINI MAKIN MENGGANAS DIPASARAN !