Target ride kali ini adalah ke 1000 corner, Golden Triangle dan Pattaya Bikeweek 2024 untok bertemu dengan geng Peketum.
Tarikh perjalanan bermula pada 2 Feb 2024 dan dikira untuk bertemu di Pattaya Bikeweek pada 9 Feb 2024. Setelah membuat kira2 dan target perjalanan maka kami decide untuk mulakan perjalanan pada 2hb Feb 2024. Kami bertemu di border pada malam tersebut,sebanyak 5 biji motor di peragakan untuk ride kali ini yaitu 3 biji Suzuki Raider, 1 biji Suzuki Belang RISO dan 1 biji Honda Rs 150.
Untuk melengkapkan perjalanan kali ini kami ada 2 cadangan sama ada mahu target Golden Triangle dahulu atau target Doi Inthanon dulu. Seperti mana sebelum ini di tahun 2020 saya memulakan perjalanan ke GT dahulu, atas nasihat otai dari Peketum, Saya cuba membuat route baharu untuk ke Doi Inthanon dahulu.
Jumlah perjalanan dikira mengikut kilometer dan jumlah jam perjalanan iaitu target 1 hari dalam 500-600km dan 6-12 jam sahaja untok satu-satu perjalanan sehari.
Target awal kami memerlukan 14 hari ride santai untuk menghabiskan semua target yg di rancang, tetapi sebab ada 2-3 tempat yang kami skip, maka pengembaraan kami cuma ambil 12 hari sahaja.
Seperti mana pengalaman sebelum ini duit perbelanjaan kami hadkan sebanyak 1000bht sehari, termasuk makan, minyak dan belanja lain. Dalam perjalanan kami, kami jarang menginap di hotel, biasanya kami akan menginap di hotel amazon, masjid atau camping. Ternyata agak mengesepkan.
Berikut adalah jadual perjalanan kami selama 12 hari di Thailand, bumi penoh senyoman tapi senyom ada makna tu..:
Day 1:
Border Dannok- Nakhon Sitammarat
Day 2:
Nakhon Sitamarat- Masjid Hijau- Phra Chuap Khiri Khan
Day 3:
Phra Cuap- Sing Buri
Day 4:
Sing Buri- TAK- Lamphung- Doi Inthanon
Day 5:
Doi Inthanon- Mea Cham- Mae Hong Song
Day 6:
MHS- PAI- GT- Chiang Rai
Day 7:
Chiang Rai- Uttaradit- Phu Tab Berk
Day8:
Phu Tab Berk- Pattaya Bikeweek
Day9:
Pattaya- Hua Hin- Khun Sarai
Day 10:
Khun Sarai- Donsak- Koh Pha Ngan
Day11:
Koh Pha Ngan
Day12:
Koh Pha Ngan- Donsak- Border- Penang
Berikut adalah jumlah Pebelanjaan saya selama 12 hari tersebut:
Total Baht:12,739.6bht
Total KM: 5026.7km
Total Minyak Bht: 4467.1bht
Total minyak RM: RM19
Total expenses Tempat Tido: 990bht
Total nasional park: 540bht
Total Ferry Donsak-Koh Pha Ngan: 670bht
Balance Makan dan merch: 6072.5bht
Sekian Terima kasih.
Yang Hensem,
Zack.
Comments
Loading…