Sebanyak 7 biji motor Suzuki Best 110, sebuah Honda Dash 110 & sebuah Yamaha Y16. Kami terdiri dari 7 orang dari Sungai Rambai Melaka, sorang dari Negeri Sembilan & sorang lagi Muar, Johor.
Tujuan ride santai2 kali ini adalah untok mengimbau kenangan ride motor kapcai pada lebeh kurang 20-25 tahun yg lampau. Saya (Cikgu Sarman) sebagai penyelaras program/chip bahagian lead ride motor Suzuki Best 110 ke Tanjung Balau/Desaru,Kota Tinggi.
Kami terdiri dari Cip 1 Bro Helmy, Cip 2 Cek Mat, Cip 3 Bro Fuad/Tokan, Pomen Suzuki Best kita En Nazri/P Ramlee & rakan2 lain Bro Bob Bukit Pasir, Ustaz Nazrie N9, Awang TTP & Kecik Y16.
Kami semua sudah berumahtangga (bapak2 daa). Bila Ride je, kami akan digelar “Bila Bapak2 Pergi Ride”… Maknanya paham2 sudah laa… Hahahaa…
Perjalanan kami ini pergi & balik dan ronda2 kawasan lebih kurang sejauh 500 KM selama 2 hari 2 malam.
Pelbagai rintangan yg kami harungi sepanjang pergi & balik dalam ride kami kali ini. Bila berlaku kerosakan pada motosikal salah satu dari kami, disini kami bersatu serta selesaikan bersama & merapatkan silaturrahim serta ukhwah.
Ride kami ini takdelah macam ride motor moden sekarang. Motor lama, cara tunggangan pon slow and steady ajer, ditambah lagi kami semua dah veteran.
Bila jumpa kami dijalan @ dimana2, pin pin pon pon kami la ye. Salam Kapcai dari kami Geng Suzuki Best TTP.
InshaAllah jumpa lagi!
Comments
Loading…