Dengan skuter Benelli Panarea 125 ini, setiap tunggangannya mampu memutar kembali masa dengan penuh bergaya. Panarea mempamerkan kesempurnaan dari segi estetik yang klasik dalam saiz yang kecil dan dibawa ke abad ke-21. Dengan reka bentuknya yang klasik, Panarea 125 ini kelihatan sesuai menyusuri jalan bandar ataupun desa, juga padan dengan Si Tua mahupon Si Muda Oyeahhh!
Walaupun skuter ini memiliki unsur retro, tetapi ianya memiliki teknologi yang terkini bahkan sensasi. Benelli Panarea 125 adalah model yang dibina dengan kejuruteraan moden yang menitikberatkan keperluan untuk gaya hidup seharian penunggang. Ciri-ciri berunsurkan Itali jelas terlihat dari pilihan warna terang yang disediakan untuk pasaran Malaysia yaitu; Hitam, Kuning, Merah dan Putih.
Penggunaan lampu LED di hadapan dan belakang menjelaskan lagi reka bentuk Panarea 125, membantu dalam penglihatan yang lebih cerah serta jangka hayat yang lebih lama. Benelli Panarea 125 turut menggunakan cermin sisi bulat yang elegan, mengekalkan rupa klasik daripada kilang.
Seperti rekod vinil dan jam tangan, Panarea mengekalkan analog speedometernya. Tetapi untuk yang lebih berorientasikan perincian, paparan digital pelbagai fungsi yang terang mengandungi semua maklumat yang diperlukan. Selain itu, Benelli Panarea 125 mempunyai sistem kunci magnetik anti-kecurian yang dapat mengurangkan kebarangkalian kecurian motosikal dan meningkatkan keselamatan motosikal itu sendiri.
Skuter ini bergerak dengan enjin suntikan bahan api elektronik 124cc 4-lejang yang moden dengan kemuncak 8.44Hp pada 7,500rpm dan tork 9.2 Nm pada 6,000rpm. Dengan tangki bahan api 4.6 liter, para penunggang boleh menikmati perjalananya tanpa rasa terganggu. Tunggangan yang lancar pada skuter ini disediakan oleh transmisi automatik CVT, dibantu oleh suspensi depan dan belakang teleskopik. Roda bersaiz 12-inci dibalut dengan tayar hadapan 100/90-12 dan belakang 110/90-12 untuk penampilan klasik itu. Brek cakera 190mm di hadapan menambahkan ciri keselamatan yang cemerlang.
Ini adalah skuter yang paling sesuai dengan gaya hidup anda di mzaman pasca Kovid. Benelli Panarea 125, ianya serba baharu bahkan menjadi cinta pandang pertama!
Benelli Panarea 125 kini boleh didapati di mana-mana pengedar premium Mforce Best Shop dan SmartShop di seluruh Malaysia dengan harga jualan asas, RM6,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Dengan pembelian motosikal ini, anda boleh menikmati waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km (mana-mana dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
SPESIFIKASI SKOOT BENELLI PANAREA 125
Jenis Enjin: Silinder Tunggal, 4-lejang, 2 Injap
Gerek & Lejang (mm):53 x 55
Nisbah Mampatan: 9.0:1
Sesaran (cc): 124
Sistem Penyejukan: Penyejukan Udara
Penyalaan: TLI
Kuasa Maksimum: 8.44Hp pada 7,500rpm
Tork Maksimum: 9.2Nm pada 6,000rpm
Jenis Klac: Automatik
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api
Sistem Penghidup: Elektrik & tendang
Transmisi: Automatic CVT
Suspensi Hadapan: Telescopik
Suspensi Belakang: Teleskopik
Tayar Hadapan: 100/90-R12
Tayar Belakang: 110/90-R12
Panjang Keseluruhan (mm): 1,820 Lebar Keseluruhan (mm) 690
Tinggi Keseluruhan (mm): 1,090 Tinggi Tempat Duduk 760 Jarak Roda (mm): 1,270
Kelegaan Tanah (mm): 135
Berat (kg): 104
Kapasiti Bahan Api (L): 4.6
Bateri: 12V6Ah
Comments
Loading…