in

MODENAS NINJA 250 ABS & Z250 TERIMA PENARAFAN 5 BINTANG PROGRAM MyMAP DARI MIROS

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS atau Syarikat), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) menerima penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di bawah Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) bagi kedua model Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS nya.

Selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kedua-dua model tersebut berkongsi beberapa teknologi keselamatan yang sama seperti Klac Assist & Slipper, indikasi tunggangan ekonomi serta Argo Fit bagi pengurusan casis ringan yang lebih efektif. Dengan itu, MyMAP secara rasmi memberi penarafan lima bintang kepada kedua-dua model ini sejurus proses penilaian dan audit yang telah dilalui MODENAS pada Oktober 2022 yang lalu.

Program MyMAP merupakan sebuah usaha terus kerajaan untuk menaik taraf tahap keselamatan motosikal di Malaysia dengan mengintegrasikan teknologi dan fungsi keselamatan baharu pada motosikal berkapasiti rendah. Dan dalam masa yang sama, untuk mendidik pengguna agar mempraktikkan tunggangan selamat sebagai pencegahan kemalangan. Program MyMAP ini dibentuk berlandaskan pengalaman MIROS dalam membangunkan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) yang turut mempunyai sistem penilaian yang sama seperti NCAP.

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata, “Kami di MODENAS amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah dianugerahkan pada kedua-dua model Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250 versi ABS. Kedua model ini merupakan motosikal pertama yang menerima penarafan 5 bintang MyMAP bagi segmen Naked Bike dan Sports Bike bersasaran 250cc. Dengan itu, kami amat berharap para pembeli akan lebih cakna dalam membuat keputusan ketika membeli motosikal dan lebih mementingkan teknologi keselamatan yang ditawarkan pada setiap motosikal mereka. Selain itu, kami di MODENAS akan terus mengaplikasi lebih banyak ciri2 keselamatan pada model-model kami yang lain.”

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari web rasmi MODENAS dan KAWASAKI di https://modenas.my/v2/ dan http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

Syabas dan Tahniah Modenas !

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PANAS LAGI! BENELLI PANAREA 125 KINI DIPASARAN MALAYSIA, RM6,888.00 SAJA OYEAHHH!

CLUB ANTIQUE MOTOR KULIM (CAMK) MERONDA SATUN THAILAND!