in

MODIKAP BENELLI RFS150i SAMURAI GREEN !

Satu Gubahan Seni Modifai Buatan Sendiri

Mulanya jentera Benelli RFS150i ni kami nampak di satu grup fesbuk. Ownernya up gambar motor ni dan respon daripada member2 grup yang lain adalah amat karan lah. Maklomlah, jentera ni kalau diukor dari segi tahap femes, ianya mungkin berada pada tangga ke 4 atau ke 5 dalam hierarki keperluan maslow oyeahhh!

Tapi, semenjak dua menjak nih, jentera keluaran Mforce Bike Holdings Sdn Bhd ni makin mendapat tempat dihati Raider2 Malaysia. Buktinya, keahlian didalam grup Fesbuk Benelli RFS 150i Community Malaysia semakin hari semakin meningkat. Hari ini sudah 44 ribu ahli yang ada kat dalam grup fesbuk tu Nohhh!
Maka, owner2 Benelli RFS 150i pon semakin konfiden, semakin berani membuat modifikasi dengan idea2 sendiri dan hasilnya jugak agak menggegarkan jiwa Nohhh!

Untok permulaan, kami pileh jentera milek brader Mohd Shah Iskandar ni sebagai tampilan sulong dalam segmen ModiKap Majalah Kapcai versi Online ni Nohhh! Jentera yang asalnya adalah Speshel Edishen (Special Edition) ni telah dipinda perlembagaannya sedikit demi sedikit hinggalah menjadi satu wajah dan tampilan baru yang Gua gelarkan sebagai Samurai Green Modikap! Apa itu ModiKap? Modifikasi Kapcai nama panjangnya, di sunatkan sikit maka jadilah ModiKap!

Perkara pertama yang dilakukan oleh owner jentera ni adalah tukar cat jentera ni. Dia telah memileh cat spray can dari jenama Samurai dengan kod atau nama cat Candy Green, Candy Yellow dan jugak Chrome. Lepas digosok secukop rasa, dia spray undercoat biasa dulu, pastu diikoti dengan kaler Chrome, diikoti dengan Candy Yellow dan diakhiri dengan Candy Green. Maka, terhasillah efek kaler hijau yang rare seperti kat dalam gambar tu Oyeahhh!

Setel bab warna, dia mula menokok tambah bab2 aksesori luaran lain, antaranya menukar fork depan. Dia tukar satu set kat depan tu dengan fork, caliper dan disk dari jenama Rapido. Paling menyerlah pada jentera ni adalah semasa dia pasangkan sport rim yang jugak dari jenama Rapido. Rim ni sebenarnya adalah untok jentera Yamaha YSuku, tapi Owner jentera ni telah membuat sikit adjusment dengan tukar bush dan setting, maka dengan mudah dia buleh sarongkan kat Benelli RFS 150i ni. Respek kat owner ni sebab dia buat modifai ni sendiri2 dia saja. Bab tukar tayar saja dia bawak pegi kedai, yang lain2 semua dia bikin sendiri.

Selain aksesori luaran yang padu murni lagi menikam kalbu, dia jugak bikin satu fuel regulator kat jentera ni dan ini jugak dia buat sendiri dengan menggunakan sedikit pengalaman ketika dia bekerja sebagai mekanik kereta suatu masa dulu. Motor dah lawa bab mekap2 nih, so takkan enjin stendet saja? Okay, soalan ni memang ramai lah yang tanya kan. Tapi serious cakap, enjin jentera ni stendet saja dan hanya tukar ECU saja. Stendet pon dah boleh lari 120 KM/J dah! Kalau nak laju lagi sila beli Helikopter lah.., ujar Paksu E dengan muka menyindir sambil makan cendol pulot.

Okay, kos keselurohan bikin jentera ni sekitar 4 ribu, dan setakat ni owner sangat berpuas hati dengan penampilan jentera ni. Mungkin dimasa depan dia akan tambah lagi aksesori ataupon tukar kaler ka, itu kita tunggu dan nantikanlah Nohhh! Kepada Raider2 yang lain, yang ada jentera ModiKap lebeh power dari Samurai Green ni, sila PM kami Nohhh! Nanti kita sama2 share seni modifikasi jentera Lu Orang tu kat dalam Majalah Kapcai versi Online ni.

Rock N Ride Teros Nohhh!

Klik Link dibawah ni untok Layan Video Interview Santai dengan Owner Motor:

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SYM VF3i LIMITED EDITION KINI DITAMBAH PRODUKSINYA LAGI?

AKADEMI HAS CUSHION BAKAL DIBUKA?