in

SYM VF3i LIMITED EDITION KINI DITAMBAH PRODUKSINYA LAGI?

Asalnya hanya 5 ribu unit tapi kini jadi 10 ribu unit dengan harga yang sama!

Tudiaaa Nohhh! Memang diawal kemunculan jentera terpadu SYM VF3i LE ni hanya untok 5 ribu unit saja. Tapi tak sampai dua bulan dilancarkan, permintaan terlalu padu hinggakan naik sekali ganda! Ini membuatkan pehak MForce Bike Holding serba tak kena.

Iya lahh.. dengan sambotan yang tiba2 diluar jangkaan, ditambah pulak dengan perasaan respek yang tinggi buat para penyokong jenama SYM, maka MForce Bike tak mau kecewakan permintaan mereka. Biarlah dikritik dengan bermacam sindiran sebab menambah unit pengeluaran untok Limited Edition tu.

Kini, dengan penoh rasa respek kepada peminat2, SYM VF3i LE ditambah pengeluarannya daripada hanya 5 ribu unit kepada 10 ribu unit. Sebenarnya 10 ribu unit tersebot adalah jumlah yang sudah ditempah dan hanya menanti untok dihantar kepada dealer2 saja. Kepada Raider2 yang dah tempah tu, bergembiralah sebab dapat peluang pakai. Kepada yang teringin nak pakai tapi tak tempah awak, buleh tengok aja lahhh heh!

Rock N Ride bersama SYM Nohhh!

 

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SINGGAH RUMAH MAMAT KAPAR CHIEF EVENT RETROMANIA

MODIKAP BENELLI RFS150i SAMURAI GREEN !