in

AKADEMI HAS CUSHION BAKAL DIBUKA?

Agar Anak Bangsanya Teros Menyambong Legasi Seni Pembuatan Kusyen Kastem!

Balot kusyen, potong kusyen dan bikin Kastem (Custom) kusyen sememangnya dah jadi makanan harian bagi Bang Cik selaku tokey kedai Has Cushion. Kalau nak cerita pasal kedai ni, maksodnya nak cerita pasal hasil kerjatangan, hasil seni customnya, lokasi kedainya, ataupon harga2 yang dikenakan bagi setiap tempahan, Gua rasa macam buang masa saja kot kalau nak cerita bab2 tu sebab majoriti geng2 yang main motor kat Malaysia nih (terutama yang dok area lembah klang) dah tau dah pasal kedai Has Cushion nih. Kedai ni dah viral lama dah, dan hasil kerja2 dari kedai kedai ni pon dah menerobos ke luar negara dah. Dah sampai Macedonia dah Nohhh! So takyahlah Gua buang masa tulih panjang2 pasal hasil kerja dari Has Cushion ni Nohhh!

Apa yang Gua nak tulis pasal kedai Has Cushion ni adalah satu sisi lain. Satu sisi dimana telah timbol satu perasaan bimbang didalam hati tokeynya yaitu Bang Cik bahawa, adakah seni Kusyen ni akan ada penyambong/waris nya? Bang Cik dah terlalu lama dalam bidang ni, dah 21 tahon dah, dan dalam jangkamasa 21 tahon tuh, hanya ada sorang saja rekrut yang boleh dia harapkan untok meneroskan perjuangan seni kastem kusyen nih. Maka, pikir punya pikir, tenong punya tenong, dia mendapat satu ilham. Bukak Akademi Kusyen oyeahhh!

Mungkin idea bukak akademi kusyen ni agak radikal, agak sukar jika diwar warkan secara mengejot. So, untok kasi ianya bermula dengan baik dan santai, Bang Cik mempelawa dulu kepada sesiapa saja yang berminat dan komited dalam dunia pembuatan kusyen, datanglah dulu berjumpa dengannya dan jadilah sebagai protege ataupon rekrut di kedainya dulu. Kata Bang Cik, kedai dia tu bukanlah tempat untok cari duit, tapi kedai tu adalah tempat untok latehan dan pengalaman buat sesiapa saja yang ingin menjadi usahawan dimasa depan dalam bidang kusyen.

Kepada yang tak berapa nak paham dengan konsep nih, abaikan dulu bab Akademi Kusyen tu. Kalau Lu Orang ada minat mendalam dalam bab bikin Custom kusyen, dan nak belajar lebeh mendalam, sila datang ke Has Cushion di area Batu 3 Shah Alam Selangor. Lu Orang akan dilateh, ditunjok ajar dari A hingga ke Z cara2 yang betol dalam pembikinan sesuatu kusyen motor. Bukan takat buat kusyen, dengan buat mole/tapak kusyen dengan fiberglass pon akan diajarkan nanti. Secara mudah paham, Lu Orang akan seperti belajar sambil bekerja di Has Cushion, dan akan ada elaun ataupon gaji bulanan pulak bila cukop bulan. Cuma, ianya bukanlah satu proses yang memakan masa pendek, ianya paling lekeh pon kena kurang2 tiga empat tahon. Jangka masa 3 tahon adalah satu jangka masa yang paling ideal lah untok seseorang protege/rekrut dari Has Cushion ni keluar melebarkan sayapnya sendiri.

Jangan salah sangka dan salah paham dengan konsep sebegini. Ya, mungkin ada yang akan kata, Bang Cik tu dah takde orang nak kerja dengan dia, tu yang dia nak buat macam Akademi lah, kerja sambil belajar lah. Tu semua nak pergunakan budak2 baru nak up aja tu. Ya..mungkin akan ada yang akan respon sebegitu setelah membaca artikel ini. Tapi percayalah bahwa, jika Lu Orang biasa pergi ke kedai Has Cushion, Lu Orang akan tahu sendirilah bagaimana keadaan dan suasana kedainya. Disitu, Hanya Bang Cik dan protege/rekrutnya saja yang bikin kerja. Nasib baik Adam (protege) dah boleh menguasai A-Z dalam seni kusyen nih. Kalau tidak lagi tak menang tangan Bang Cik tu Nohhh! Bayangkan, kedainya bukak pukol 9 pagi, dan kalau Lu Orang pegi situ pukol 12 tengahari, maka janganlah marah kalau Bang Cik kata dia dah tak boleh ambik order dah. Bermakna, kalau nak bikin kusyen disitu, kena pegi seawal jam 9 pagi! Kalau tidak lupakan lah hasrat itu dan datanglah semola esoknya Nohhh! Pelanggannya bersuson!

Jika dilehat dari situasi itu, memang lojiklah Bang Cik memerlukan sangat pewaris2 yang betol2 komited dalam menyambong perjuangan ini. Permintaan dalam pembuatan kusyen ni terlalu tinggi tapi orang yang komited dengan kerja2 kusyen nih sangat berkurangan. Sebab itulah Bang Cik mempelawa sesiapa jua yang berjiiwa seni, komited dan berwawasan 3030, sila lah datang berguru dengannya secepat mungkin. Cuma diulang, disitu bukan tempat bekerja cari duit semata mata, tapi disitu adalah kolej/akademi yang menawarkan ilmu pengetahuan dalam bidang per Kusyenan dengan sedikit imbuhan bulanan. Ini saja yang termampu untok Bang Cik tawarkan dan lakukan demi kemajuan anak bangsanya dimasa depan. Harap Lu Orang yang membaca artikel ini, yang tinggal di seluroh semenanjong Malaysia termasok Sabah dan Sarawak, kalau dah hidop di Kampong pon mengabehkan beras mak dan bapak, rokok John pon pau kawan punya, insaflah dan tekadlah untok berubah atas nama agama bangsa dan negara. Gua cabar Lu Orang! Bukan apa, kalau kita baca di media sosial, komen2 mengata dan mengutok mengeji bangsa2 lain sangatlah lancar ditulis. Tapi apa aksi dari kamu wahai bangsaku? Sembang di Fesbuk macam kaya punya wisma, tapi realitinya rokok U2 pon pau kat kawan. Bangsa yang kamu keji hina kutok tu menguasai segala jenis perniagaan tau dak? Ayoh! inilah satu peluang untok kita sama2 berjuang secara sehat, bersaing secara sehat dalam dunia bisnes. Has Cushion sedang menunggu Lu Orang, jangan sia sia kan peluang!

Sebagai penutop, Gua secara peribadi menyeru sekali lagi kepada Lu Orang yang punya minat mendalam dalam bidang bikin kusyen nih, datanglah berjumpa dengan Has Cushion. Hasrat dan impian Has Cushion sendiri adalah untok melehat disetiap negeri dalam Malaysia ni ada sekurang kurangnya satu cawangan atau kedai kusyen yang betol2 bikin kusyen secara komited dan berkualiti. Ya, memang dimana2 pon ada jugak kedai bikin kusyen ni sekarang nih, tapi adakah kedai itu betol2 komited? Bang Cik telah bikin satu perumpamaan bahawa, pembikinan kusyen ni boleh disamakan dengan pembikinan nasik lemak. Terlalu ramai yang menjual nasik lemak, tapi ianya hanya pada namanya saja, bukannya dari rasanya. Sama jugak dengan pembuatan kusyen nih, terlalu ramai yang bukak kedai kusyen, tapi pembikinannya tak sampai ketahap yang diharapkan. Paling pedeh, dah la bikin tak best, harga pulak mahal nak mampos! Ini adalah tragedi yang paling menyayat hati oyeahhh! Nak belajar buat nasik lemak yang betol2 mengikot sukatan dan step yang betol, jumpalah dengan Has Cushion (Ini perumpamaan ni…)

Okay, perniagaan bikin kastem kusyen ni nampak macam lekeh, kotor dan low class. Ya… secara mata kasarnya memang betol lah. Tapi cobalah Lu Orang pi lepak kat kedai Has Cushion ni satu hari. Dudok situ dari jam 9 pagi sampai 7 petang, Lu orang kira sendirilah nanti bayaran2 by hand yang diberikan oleh pelanggan2nya. Gua sudah lepak disitu sehari suntok dan Gua dah dapat jawapannya. Ini satu bisnes yang diluarannya kotor dan selekeh, tapi didalamnya tersangat indah dan cemerlang!

Sila kontek Has Cushion di nombor ini : 013 675 4640

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MODIKAP BENELLI RFS150i SAMURAI GREEN !

SYM VF3i PRO 185 KINI DIPASARAN! V3 SUDAH MARI!