Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd ataupon MODENAS hari ini memperkenalkan varian motosikal “sports tourer” Modenas Dominar D400 “Dominar D400” yang telah dinaiktaraf/new facelift. Model Upgrade ini telah menerima beberapa peningkatan teknikal, serta dua pilihan warna baharu berbanding versi asal yang dilancarkan pada tahun 2018 lalu. Dominar D400 terbaharu ini ditawarkan pada harga RM13,997.00 (tanpa insurans dan cukai jalan).
Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata, motosikal terbaharu MODENAS ini merupakan sebuah model yang dinantikan ramai, dan beliau yakin ia akan menjadi model yang digemari ramai berdasarkan peningkatan teknikal, gaya baru, serta harganya yang berpatutan.
Antara ciri naiktaraf paling menarik pada model kali ini adalah penyerap hadapan terbalik atau “Upside Down” (USD Fork) atau lebih dikenali sebagai fork USD yang menggantikan fork teleskopik konvensional pada model terdahulu. Enjin 373cc DOHC dengan teknologi DTS-i penyejukan cecair berkuasa 40PS dan tork 35Nm pula menerima sistem ekzos muncung berkembar baharu. Dominar D400 naiktaraf ini menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih berkuasa dan lebih selesa.
“ Modenas Dominar D400 merupakan sebuah model sports tourer premium paling mampu milik di dalam segmennya. Bagi mereka yang telah menanti-nantikan kedatangan model ini di Malaysia, saya berterima kasih di atas kesetiaan dan penantian anda semua, dan saya yakin penantian itu akan berbaloi bagi anda. Dengan harga yang menarik serta suntikan teknologi terkini, motosikal ini pasti akan menjadi sebuah pelaburan yang bijak bagi pembeli ”, kata Roslan.
Dominar D400 terbaharu ini juga menampilkan cakera brek bersaiz 320 mm di hadapan dan 230 mm di belakang, dan dilengkapi sistem Brek Anti-Kunci (ABS) ‘dual channel’. Ia turut dilengkapi penyerap hentakan tunggal Nitrox di belakang yang membolehkan penunggang membuat penalaan suspensi untuk mendapat kualiti tunggangan menepati kehendak masing-masing. Lain-lain, motosikal ini turut dipadankan dengan sistem klac “Assist and Slipper” yang akan membantu ketika pertukaran gear secara mengejut.
Tampil lebih bergaya, varian ini juga menerima kemasan “tankpad” bercorak carbon baharu serta logo Dominar pada tempat duduk belakang. Ia turut didatangkan dengan dua paparan meter LCD yang kini lengkap dengan indikasi gear, penunjuk kelajuan, jarak perjalanan, jam, RPM, serta penunjuk tahap minyak. Lampu hadapan automatik pula dari jenis ‘LED mosaic‘ yang mampu memberikan pengcahayaan lebih jelas pada waktu malam serta membolehkan penunggang dilihat dari jarak sejauh 1.5km.
Modenas Dominar 400 kini ditawakan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Savanna Green dan Charcoal Black. Motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar sah MODENAS mulai September 2021.
Selamat Memilikinya !
Comments
Loading…