in

PERKAHWINAN TERLARANG BMW HP4 DENGAN YZF R1

Impian Lain Warna Kini Jadi Nyata !

Ini adalah sebuah jentera Ysuku yang berjaya disumpah menjadi mini superbike oleh SPD Racing! Dan ini adalah antara jentera yang baru keluar dari bengkel, dimileki oleh seorang Raida dari Selangor bernama M. Lutfi.

Jentera dari jenama Yamaha model Ysuku ni adalah keluaran tahon 2018, dan masa beli motor nih, Lutfi dah memang pasang impian nak modified lah. Setelah melehat hasil2 modifikasi yang dibuat di bengkel SPD Racing Penang, dengan pantas dia teros hantar motor dia ke sana. Disebabkan minat yang mendalam kepada jentera racing BMW HP4, Lutfi pon nak bikin konsep bodikit HP4 lah kat Ysuku dia nih.

Sebenarnya, dalam bab modifikasi ni, kita buleh berkreativiti dengan banyak hala dan sumber, bukan fokus pada satu2 haluan saja. Itu yang bestnya kalau cerita bab modified nih. Maka, disebabkan minat Lutfi ni bercampor antara BMW HP4 dengan Yamaha R1, dia kawenkan sekali kedua-dua konsep tu kat Ysuku ni oyeahhhh! Apa ada hal, kita buat dia Nohhhh!

Bab bodikit, kaler, stripe dan sticker, jentera Ysuku nih mengkopi (copy) BMW HP4 punya, dan bab aksesori dan part2 pulak, Ysuku nih dipasangkan dengan banyak aksesori2 dari R1 serta beberapa model lain. Antara yang dipasangkan kat jentera ni adalah :

1. Fork, Wing Arm, Caliper dan Rim dari R1
2. Footrest dari Kawasaki Z1000
3. Suiz kiri dan kanan dari Domino, meter dari King Drag Lativo.
4. Lampu Dada dan Lampu Belakang dari TST.
5. Throttle Grip dari Ariate (ori)
6. Seat custom made dari SPD Racing
7. Handle Balancer dari jenama Brembo
8. ECU (Engine Control Unit) dari ECU Shop.
9. Brek Caliper Depan dari R1, Belakang dari model P34.
10. Dry Clutch dari model Tonkka 55 (limited edition)
11. Monoshock dari model Nitron
12. Ekzos dari model SC Project Full System.
13. Smart Keyless dari model Yamaha Xmax.

Itulah serba ringkas mengenai aksesori kat jentera Ysuku yang dah memang tak berapa nak suku dah nih. Ni dah Y Penoh/Full dah nih. Selama 2 bulan masa yang diambik untok kasi bikin jentera nih, dan hasilnya memang malas nak cakap lah. Gambar banyak, sambil makan kacang dengan segelas sirap sarbat, tengok dan nilaikan sendirilah Nohhh!

Menurot brader Lutfi, dia telah ranap RM25k untok menjadikan jentera nih seperti apa yang sedang kita tengok sekarang. Mesti ramai akan bunyi, “Tudiaaa..modified sampai 25k, awat tak beli terus superbike?”.
Keh keh keh.. malas lah nak layan soalan2 camtu. Lain kali tanya lah soalan2 yang lebeh mencabar, macam soalan Apakah Binatang Keris di Kaki ka… atau Siapakah yang mula2 membuka negeri Brazil ka.. soalan2 gini baru la syok nak jawab.

Untok info tambahan, brader Lutfi nih adalah Vice President kelab Abah Derhaka dan jugak menjadi Leader untok SPD Racing Lembah Klang. Sapa2 yang nak join kelab Abah Derhaka atau SPD Racing Team Lembah Klang bulehlah kontek Lutfi ditalian : 017 611 0160, atau add Fesbuk dia (FB: Mohamed Lutfi).

Okay, soalan terakhir untok Lutfi.
Setakat nih, dah puas hati ke belom modified motor nih? ke ada lagi yang nak di modifikasi? Okay, untok next project, Lutfi kata dia nak upgrade enjin motor ni dengan spec 70 jet 3 dari Wossner, dan dia nak tukar caliper, nak pakai caliper dari model GP4RS Original dari Brembo plak. Tudiaaa makin merchikkk Gua cakap Lu!

Okaylah, kepada Raida2 yang suka modified Kapcai dengan spec2 yang ala2 superbike, dan mungkin ada benda2 nak tanya, bulehlah kontek brader Lutfi. Jangan risau, dia jenis friendly, hp pon selalu online. Errr..motor ni bikin power2 gini, nak jual tak? Heh.. Buat masa ni memang Lutfi tak jual lah.. kalau nak jual pon, mungkin kalau kena dengan harga lah. Maknanya kalau harga yang ditawarkan agak best, mungkin dia akan jual. Kalau setakat nak beli dengan harga modal, memang tak jual la brader heh!

Okay, selamat maju jaya buat Lutfi dan jugak TKS yang lain. Teros Rock N Ride Bersama Kapcai!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

SPD RACING : TIM KAPCAI SUPERBIKE PENANG MAI !

MODENAS DOMINAR D400 UPGRADE KINI DIPASARAN !