Enam sahabat permotoran dari Pulau Pinang, dengan semuanya menggunakan jentera Dua Lejang keluaran 90an pelbagai jenama (Honda, Kawasaki dan Yamaha), telah berjaya mengharongi perjalanan kira2 6000KM dengan mengambil masa 13 hari.
Mula bergerak dari Penang menuju sempada Bukit Kayu Hitam, dan teros melunchoq tanpa henti (berenti topap minyak aja) sehingga ke Surathani. Perjalanan hari pertama adalah sekitar 455KM, buleh dikatakan agak lambat sikit perjalanan ni sebab urusan di border yang agak lambat dan motor ada yang kurang sehat sikit masa tu. Minyak 4 kali isi, total dekat RM100 jugaklah.
Hari ke 2, dari Surathani depa pederas sampai Ayuthaya, dengan 5 kali isian minyak, dan rentas la dekat RM150 jugak. Hari ke 2 ni perjalanan agak jauh, hampir 1000KM dan jumlah total perjalanan sekitar 1358KM.
Hari ke 3, dari Chai Nat menuju Tak, dengan 3 kali isian minyak berkejauhan hampir 400KM. Minyak secara anggaran dekat RM100 jugak hari ni, dan Raider2 jugak sudah mula merasai cabaran sebenar. Mata dan badan rabak sudah semestinya, tapi semangat pasembor Padang Kota takkan pernah padam Nohhh! Teroskan!
Hari ke 4, dari Mae Sot menuju Mae Sariang, tiga kali isi minyak dalam anggaran hampir RM100 jugak, dan dia punya total kejauhan adalah 2117KM. Disinilah bermulanya liku2 perjalanan sebenar dimana permukaan jalanraya yang berbukit dan koner takdan berenti sat. Amat berhati-hati, salah sikit memang Yaqpursalam lah jawabnya.
Hari ke 5, dari Khun Yuan menuju Ban Rak Tai (melalui Mae Hong Son), dengan kejauhan lebeh 300KM dengan 3 kali isian minyak jugak. Minyak macam biasa, anggaran dekat RM100 jugak dan dia punya koner memang best taktau nak cerita Gua cakap Lu!
Hari ke 6, dari tanah tinggi Pai depa teroskan perjalanan ke Chiang Mai sehinggalah ke Mae Kachan. 4 kali isi minyak dengan anggaran lebeh kurang RM100 jugak, dan masa ni total perjalanan dah mencecah 2756KM. Rilek punya rilek.. nak dekat 3 ribu kilo dah Nohhh!
Hari ke 7, dari Chiang Rai depa menuju ke sempadan Laos yaitu border Chiang Kong. Masok Laos ikot situ dan bermulalah satu lagi pengalaman baru yaitu ride sebelah lane kanan macam Amarika. 3 kali jugak isi minyak dan belanjanya sekitar RM100 jugak. Hari ini total perjalanan dan mencecah 3182KM. Semua keenam enam Raida maseh jitu dan padu. Semangat sentiasa membara, ditemani bau 2T yang mengkhayalkan. Tak terasa jauh perjalanan diiringi muzik dari ekzos yang melenTING TING tu Nohhh!
Hari ke 8, bermula dari Pa Daeng, teros menuju ke Bandaraya Bangkok. Inilah ride long distance mengikot sistem bas ekspress, dengan kejauhan 1116KM tanpa tidor walau sesaat. Minyak kali ni pon banyak kali isi, perasan 8 kali jugaklah dengan anggaran hampir RM200 jugak. Sampai bandaraya Bangkok, teroskan lagi menuju ke Pattaya dan singgah layan Burapa Bike Week. Hari ke 9 dan 10 banyak lepak dan berihat di Pattaya. Di Pattaya, sempat la ronda2 dan topap minyak sekitar RM35.
Hari ke 11, Tim Enam Jahanam bersiap sedia untok perjalanan pulang ke tanah air. Bermula dari Pattaya, lajak ke Bangkok sat jumpa member dan teroskan perjalanan hingga ke Prachuap Kiri Khan. Tidoq Prachuap malam tu dan minyak 4 kali isi jugak haritu dengan anggaran kos sekitar RM100.
Hari ke 12, dari Prachuap Kiri Khan, shoot teros hingga Phattalung dengan jarak yang jugak agak jauh sekitar 931KM. Minyak pon isi 7 kali jugak hari tu dengan kos RM200 lebeh. Ini mungkin ride long distance kedua paling jauh dalam ride ni. Malam tu semua lepak di Hatyai dan jumlah total perjalanan dah menghampiri 5600KM dah masa tu.
Esoknya, hari yang ke 13, depa pederas dari Hatyai teros ke Penang, dengan dua kali isi minyak yaitu sekali di Siam dan sekali di tanahair. Rentas la jugak RM25 gitu. Alhamdulillah semuanya geng 6 Jahannam selamat sampai dirumah dengan membawa seribu kenangan disepanjang perjalanan. Total perjalanan lebeh kurang 6000KM telah dirakamkan, penoh warna warni dan masing2 semestinya akan tersenyom puas.
Kalau lah cikgu2, atau orang kampong atau kawan2 lama depa yang baca dan tengok gambar2 depa dalam artikel ni, mungkin akan geleng kepala. Sapa sangka, sebelom ni kita hanya baca cerita pengembaraan orang orang lain saja, tapi kali ni anak murid kita, bahkan orang kampong kita sendiri yang bikin sejarah. Respek!
Sebagai panduan, secara kasarnya untok bikin ride di negara siam dengan menggunakan jentera 2 stroke 150cc, kena stenbai sekurang kurangnya RM3500-4000. Ada banyak ni, inshaAllah buleh ride disana dengan yakin. Ini anggaran untok semua perbelanjaan termasok makan minom, insurans, minyak dan tempat tidoq selamat 12-15 Hari. Kalau nak lagi sedap, spare lah RM5K Nohhh! Nak lagi murah pon buleh, tapi makan roti ngan tidoq khemah/masjid lah heh!
Majalah Kapcai mendoakan selamat maju jaya buat 6 Jahannam dari Penang ni, terutama Mat Balaq selaku tukang bagi info pasai ride depa ni. Mat Balaq ni Gua jumpa kat atas banjaran Titiwangsa masa balek dari RXZ Members 2023 haritu. Alaaa yang gambaq dia dok atas mutu Honda NSR biru puteh 1st model tu lah. Dan tak lupa kepada Boy Buger yang share ringkasan perjalanan ni kat Fesbuk dia. Gambar2 pon ambik dari Fesbuk dia la jugak heh!
Respek sama Lu dan kawan2 yang lain Nohhh!
Comments
Loading…