25 Februari 2024 telah berlangsong Karnival Borneo Aveta di Golden Centre, Putatan. Ianya berakhir dengan meninggalkan kesan yang mendalam di hati peminat motosikal dan komuniti setempat. Penganjuran Aveta Malaysia ini telah membuktikan komitmen dan kesungguhan yang tinggi kepada pelanggan setianya di Sabah.
Acara ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada peminat motosikal, dengan kehadiran ratusan peserta yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menghiburkan yang disediakan. Antara yang menarik adalah sesi test ride yang mengujakan, di mana peserta berpeluang merasai sendiri pengalaman menunggang Aveta Ranger Max Explorer, jentera ‘Edvencher’ paling digilai dan paling trending di Malaysia sekarang.
Selain itu diadakan juga pertandingan tunggang motor perlahan, pertandingan tolak motor dan pertandingan teka kunci motor Aveta dimana mendapat penyertaan yang banyak daripada pengunjung. Sementara itu bagi pertandingan motosikal Custom Aveta yang dibahagikan kepada dua kategori – Aveta Ranger 110 Custom Terbaik dan Motosikal Aveta Custom Terbaik, para peserta mempamerkan beberapa modifikasi yang menakjubkan.
Ada suatu ketika, orang ramai turut teruja apabila mendengar bunyi deruman konvoi motosikal khas Aveta yang tiba dari seluruh pelusuk Sabah sekaligus menggambarkan semangat kebersamaan dan semangat komuniti motosikal di sana. Sesi cabutan bertuah pula merupakan tarikan utama pada acara tersebut, dengan hadiah utama merupakan satu unit motosikal Ranger 110.
Pengunjung juga berpeluang menerima pelbagai merchandise dan hadiah dari Aveta di sepanjang karnival tersebut berlangsung, di samping turut dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan band tempatan, SawadeeKrapp StreetJam. Malah, acara ini juga bertindak sebagai platform kepada penjual tempatan bagi mengetengahkan produk makanan, minuman, dan aksesori motosikal unik mereka dengan lebih dekat kepada para pengunjung.
Aveta Malaysia juga turut mengumumkan promosi khas model terbaru Aveta Ranger Max Explorer 130. Pemilik baru tidak hanya berpeluang membawa pulang motosikal impian mereka, malah turut menerima pelbagai merchandise eksklusif Aveta, termasuk Baju Grafik, Rantai Kunci Logam, Beg Kering (Dry Fit Bag), dan Beg Kanvas. Selain itu, pembelian mereka secara tidak langsung terhimpun di dalam cabutan bertuah dengan tawaran hadiah-hadiah yang lebih menarik.
Menjelaskan kejayaan acara tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan, Steven Lim berkata, “Ternyata penganjuran Karnival Borneo Aveta ini telah melangkaui jangkaan kami dengan kehadiran luar biasa serta semangat kebersamaan yang dipamerkan. Melalui acara ini juga kami dapat mendekati dan membina hubungan yang lebih erat dengan pelanggan setia kami. Kami sangat berbesar hati apabila melihat usaha kami mendapat sambutan hangat daripada peminat Aveta. Ini hanyalah permulaan untuk kami di Sabah, dan kami akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa depan.”
Karnival Borneo Aveta 2024 kini telah menetapkan piawaian tinggi untuk acara seumpamanya di masa hadapan, dengan menjanjikan lebih banyak aktiviti dan penglibatan yang lebih meluas daripada peminat motosikal dan komuniti di Sabah.
Comments
Loading…