in

KEMPEN KESELAMATAN SUZUKI MALAYSIA SEMPENA TAHON BARU CINA 2024

AMI-SUZUKI Malaysia Sdn Bhd telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 dengan tema “Keprihatinan Anda, Keselamatan Bersama”. Ini merupakan penganjuran Kempen Keselamatan Jalan Raya buat kali kedua sempena Tahun Baru Cina 2024. Program ini ialah inisiatif musim ketujuh dalam siri acara yang dianjurkan setiap tahun d ibawah AFY Mobility Industries (AMI).

Tema Kempen Keselamatan Jalan Raya AMI-Suzuki tahun ini ialah “Keprihatinan Anda, Keselamatan Bersama” yang menumpukan keprihatinan daripada pengguna jalan raya, terutama penunggang dan pembonceng motosikal.

Majlis dirasmikan Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia, Datuk Wee Hong itu menyaksikan lebih 500 pengguna motosikal yang melalui kawasan Hentian Rehat Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan memanfaatkan tawaran percuma pemeriksaan keselamatan motosikal 16 poin dilakukan mekanik Suzuki terlatih.

Pemeriksaan berdaftar juga turut menawarkan pilihan penukaran helmet lama dengan helmet baharu atau sarung tangan atau jaket keselamatan secara percuma.

Setiap peserta yang hadir tanpa mengira jenama motorsikal sama ada kapcai atau berkuasa besar untuk melakukan penukaran helmet perlu menjalani pemeriksaan pada16 bahagian penting motosikal mereka seperti lampu hadapan, lampu isyarat (depan dan belakang), lampu belakang, lampu brek, hon, tuil klac, pendikit minyak dan suspensi bahagian hadapan. Selain itu, turut diberi penekanan adalah pada penyerap hentak di bahagian belakang, kobocoran enjin, rantai atau gegancu rantai, keadaan bunga tayar, brek pad, tuil brek, aras bagi cecair brek depan dan juga tekanan angin pada tayar. Pemeriksaan secara percuma ini dilakukan oleh mekanik terlatih dari Suzuki.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya berkata, Suzuki Malaysia berharap penglibatan dan penganjuran Kempen Keselamatan Jalan Raya ini dapat membantu Kerajaan menyebarkan maklumat mengenai keselamatan jalan raya selain membantu mengurangkan statistik kemalangan dan kehilangan nyawa akibat kemalangan, terutama melibatkan penunggang motosikal.

Kempen ini turut mendapat kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA) yang turut disokong Lembaga Lebuhraya Malaysia, (LLM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS), PLUS Malaysia Berhad (PLUS), AEON Credit Service (M) Bhd, Tokio Marine Insurance Malaysia, Nestlé Malaysia, KHI Helmets, Bridgestone Tyre Malaysia, RCB Malaysia dan DID Malaysia Sdn Bhd. Program ini turut mendapat sokongan datipada Kementerian Pengangkutan(MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia(PDRM).

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MYUS PERINTIS SEWA DAN JUAL MOTOR ELEKTRIK EBIXON DI PERLIS

MODENAS KASI KEJOTAN BUAT DERRICK GAN, SANG EKOR HARIMAU MALAYA YANG VIRAL TEMPOHARI.