Royal Enfield melalui Hup Seng Bikers Sdn Bhd secara rasminya telah membuka kedai ke empatnya di No. 6, Dolomite Park Avenue, Jln Batu Caves, Selangor.
Kedai baharu Royal Enfield di Batu Caves menawarkan kemudahan yang lebih meluas kepada pelanggannya di seluruh Malaysia khususnya di sekitar Lembah Klang. Kedai eksklusif baharu Royal Enfield ini menyediakan bilik pameran, pusat servis, jualan alat ganti tulen, pakaian dan aksesori jenama Royal Enfield di bawah satu bumbung. Kedai ekslusif di Batu Caves ini merupakan kedai rasmi ke-4 yang telah lancarkan. Sebelum ini Royal Enfield sudah bertapak di Shah Alam, Petaling Jaya dan Johor Bahru.
Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo, berkata ia adalah antara komitmen kumpulan untuk memperluas lagi jangkauan pemasaran dan pusat servisnya.
“Ini akan mendekatkan kami kepada pelanggan kami dan memberikan laluan mudah untuk memperkenalkan jenama kami. Dengan usaha bersama Royal Enfield dan Didi Group, kami yakin dengan kemampuan kami untuk membina kehadiran yang di kenali ramai dalam pasaran Malaysia,” kata Rewi Hamid Bugo.
Manakala, Ketua Perniagaan Asia Pasifik Royal Enfield, Anuj Dua pula berkata, Royal Enfield berazam untuk menjadi peneraju utama dunia dalam segmen sederhana dan menganggap pasaran Asia Pasifik adalah sangat penting dari segi strategik. Malaysia merupakan salah satu pasaran yang berpotensi tinggi bagi Royal Enfield di Asia Tenggara, ini dapat dilihat dari segi peningkatan ketara pemilikan dalam komuniti penunggang Royal Enfield yang semakin berkembang pesat.
Turut hadir pada majlis perasmian kedai Royal Enfield Batu Caves ialah Mr. Bryan, Director of Hup Seng Bikers Sdn Bhd dan Mr Juan Chow Wee, Executive Director of Didi Group.
Comments
Loading…