Yamaha XMax 250 – 2023 baharu mula dipamerkan kepada umum secara rasmi pada 2022 di pameran motorsikal antarabangsa di Milan Itali. Model skuter Yamaha XMAX 250 – 2023 telah di pertingkatkan dan di beri penambahbaikan mengikut peredaran teknologi terkini bagi memenuhi cita rasa pengguna golongan muda dan pertengahan umur. Yamaha XMAX 250 2023 menawarkan beberapa ciri tambahan yang menarik dan mampu memberi kepuasan maksima kepada penunggang skuter.
Yamaha XMAX250 masih lagi menggunakan enjin yang sama seperti sebelumnya tetapi telah di pertingkat pada banyak bahagian terutama panel (cover set) yang di beri rekaan bentuk baharu. Antara ciri-ciri menarik yang di tawarkan oleh Yamaha XMAX 250 penawaran keupayaan perhubungan digital canggih. Lampu LED bahagian hadapan dan belakangnya kini berbentuk X, manakala lampu penunjuk arah (signal) yang sebelum ini terletak pada panel tepi telah di ubah kebahagian atas berhampiran pemegang, di atas penghadang angin.
Yamaha XMAX 250 turut mendapat sentuhan baru, di mana skrin paparan TFT 4.2 inci berwarna penuh beserta satu lagi skrin LCD 3.2 inci di atasnya untuk petunjuk tahap kelajuan dan tahap petrol di dalam tangki.
Selain memaparkan informasi penting motosikal, paparan meter TFT 4.2 inci juga boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi Y-Connect untuk memaparkan notifikasi panggilan, mesej serta status bateri, bagaimanapun penunggang tidak boleh menjawab mesej whatsApp tersebut. Untuk paparan navigasi, Yamaha XMAX 250 dibekalkan dengan peranti jenama Garmin secara siap pasang (percuma) kepada setiap motorsikal XMAX250 baharu ini. Selain itu, paparan meter juga mampu melaporkan keadaan trafik semasa, jangkaan waktu tiba ke lokasi dan had kelajuan. Salah satu dari dua ruang kecil tempat menyimpan barang di bahagian hadapan XMAX250 kini boleh di kunci untuk tujuan keselamatan barang yang di simpan di dalamnya manakala keluasan ruang menyimpan barang di bawah tempat duduk di kekalkan dan mampu menyimpan dua buah helmet dalam satu masa.
Pengarah Urusan Hong Leong Industries Bhd, Prof Datuk Dr Jim Khor Mun Wei dalam ucapan pelancaran Yamaha XMAX 250 di Damansara berkata, ” Pelancaran model yang di nanti-nantikan ini menterjemahkan gabungan gaya yang sempurna, prestasi dan kemodenan. Yamaha XMAX 250 bukan sahaja memberikan tunggangan yang selesa dalam pakej yang menarik tetapi juga pengalaman yang menyeronokan dalam menghadapi gaya hidup digital terkini,”.
Yamaha XMAX 250 -2023 baharu boleh di dapati di penjual motorsikal Yamaha yang sah bermula 29 Julai 2023.
SPEFIKASI:
Yamaha XMAX 250 -2023 masih mengekalkan enjin satu silinder 250 cc SOHC suntikan bahan api yang sama seperti sebelum ini.
Kuasa maksima: 22.5 hp @7,000 rpm dan 24.3 Nm tork pada @5,500 rpm
Gear: Transmisi automatik tali sawat.
Brek hadapan: Cakera hydraulic ABS
Brek belakan: Cakera ABS dua saluran
Rim hadapan: 15 inci
Rim belakang: 14 inci
Tangki petrol: 13 liter
Ketinggian tempat duduk: 795 mm
Berat keseluruhan: 183 kg.
Suspensi hadapan: Fork teleskopik
Suspensi belakang: 2 Penyerap hentakan
Warna: Max Silver dan Icon Blue
Harga: RM23,998 Tanpa insuran
Setiap pembelian Yamaha XMAX 250 akan menerima kunci keselamatan cakera bernilai RM100.00.
Comments
Loading…