in

HONDA NX 105 : SPESIS KAPCAI RETRO YANG RARE

Ini adalah Adek Kepada Honda Hurricane 110cc!

Honda NX 105 ni dilancarkan di Malaysia sekitar November 1994. Rasanya ramai yang sedia maklom bahawa jentera NX105 ni adalah kesinambongan daripada Naked Cub bernama Honda Hurricane 110. Cuma, kapasiti ataupon cc Honda NX 105 ni di ‘cut’ sikit, beza 5cc dengan Honda Hurricane. Kenapa dipotong/cut off? Hmmm..menurot kata Paksu E, kemungkinan besar ianya di downgrade sebab nak bagi slow sikit dari Hurricane. Bukan apa, Hurricane dengan kuasa 110cc telah menjadi satu jentera yang paling kontroversi di zaman 90an Nohhh!

Secara kasarnya, jentera Honda NX105 nih menggunakan enjin yang sama seperti Honda Hurricane, cuma kuasanya saja yang di potong sikit. Ianya seolah-olah Hurricane (Naked Cub) yang dipakaikan dengan baju (coverset). Menurot Otai Kidcher selaku pengkaji sejarah kewujodan Honda Ad Resort, jentera Honda NX 105 nih dikeluarkan bagi memberi saingan kepada Kapcai2 jenama lain yang sememangnya agak menguasai jalanraya dimasa tu. Masa tu jenama Suzuki RG Sukan dan Yamaha SS agak mengganas dijalanraya mahupon di litar lumba.

Ketika Honda NX 105 ni dilancarkan, Honda Hurricane 110 maseh lagi hangat dipasaran underground. Kaki2 speed masa tu memang guna motor Hurricane lah kalau ada race malam minggu. Banyak jugaklah cerita2 urban legend berkenaan Honda Hurricane 110. Ada yang cerita, kelajuan Hurricane (kalau tanam toyol kat dalam injin) mampu mengatasi kelajuan jet sonik. Dan cerita paling top masa tu adalah, joki2 yang ride Hurricane buleh dikatakan umornya tak panjang. Sebab apa? Sebabnya adalah, faktor kedudokan kepala jentera Hurricane tu yang agak rapat menundok ke bawah. Bila time speed (tundok G), Raider hanya akan nampak tar saja kat depan. Bila angkat kepala saja tau2 nampak lori aja dok parking tepi jalan. Dan berakhirlah sebuah perjuangan…

Mungkin disebabkan cerita2 dan peristiwa2 ngeri sebegitu, membuatkan pihak Honda menggantikan jentera Hurricane Sang Taufan Jalanan dengan jentera NX 105 nih. Maka, di’cut’ sikit powernya, dan dipakaikan baju (kaverset) agar lebeh bersopan santon sesuai dengan adat ketimoran oyeahhh!

Rekabentok enjin Honda NX 105 lebeh kurang sama saja dengan Hurricane 110. Dengan Head yang condong 40 darjah, rekaan tersebot dikatakan mampu untok seimbangkan campuran udara dan bahan api. Kesannya, pergerakan udara dan bahan api berfongsi dengan lebeh baik, Power enjin akan jadi lebeh tinggi dan dalam masa yang sama enjin akan cepat sejok. Selain itu, rekaan enjin nih jugak akan mengurangkan hidrokarbon.

Transmisi Honda NX 105 adalah 4 kelajuan dan beratnya sekitar 93 Kilogram. Tangki petrolnya pulak adalah 4.5 Liter. Antara yang best lagi kat Honda NX nih adalah brek disk depan Dua port. Bagaimana dengan harganya? Menurot siasatan dari Alias Pakar Membelah Ekzos, harganya pada ketika itu sekitar RM 4,000.00.

Jentera Honda NX 105 yang kat page nih adalah milek tokey kedai Alatulis di pekan Simpang Empat, Perlis. Kedai Alatulis nih buleh dikatakan sangat lejen lah di pekan Simpang Empat zaman 90an dulu. Bukan setakat jual Alatulis, kat situ ada serba serbi barangan kegemaran remaja 90an, Daripada Pensil Warna hinggalah Waklman, hinggalah ke minyak rambot Bon dan Game serta Talipinggang GQ. Ramai budak2 zaman tu menghabiskan duit raya kat kedai Alatulis nih lah dulu2. Untok informasi, tokey kedai Alatulis ni dah meninggal dunia beberapa tahon nan silam. Kini kedai ni dijaga dan dioperasikan oleh anak dan menantu dia lah.

Jentera ni dibeli sekitar 1995, dan menurot menantu dia, jentera ni tak pernah diusik apa pon. Buboh minyak, buboh 2T dan jalan aja. Semua yang ada kat motor ni adalah original keluaran kilang Boon Siew, kecuali dua tiga part, antaranya Absorber belakang. Tayar tu memang dah penah banyak kali tukar lah. Paling sedeh adalah sayap/legshield jentera ni lah. Pecah dah lama dah, tapi spepat tadak! Tampal selotep aja lah buat masa ni dia kata heh!

Kalau tengok pada keselurohan jentera nih, rasanya nih bukanlah yang 1st model. Kemungkinan besar nih adalah 2nd model sebab kaler dan stripe agak lain dengan 3 stripe yg 1st model punya. Untok kepastian, buleh rujok kat brochure yang ada kat bawah nih. Brochure tu adalah keluaran tahon 1994 dan kalau ikot variety warna kat brochure tuh, ada 3 warna asas untok 1st model yaitu Commando Black, Atlantis Blue dan jugak Flaming Red. Sedangkan warna kaverset pada jentera yang direview nih adalah biru muda sikit, manakala stripe logo-nya pon dah berwarna hijau floresen. Ini adalah andaian Paksu E saja lah.

Okaylah, layan aja lah gambar2 dan jugak brochure retro yang ada dalam page nih. Jumpa lagi dalam review seterosnya Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TEST RIDE MODENAS PULSAR NS200 GELI GELI LUTOT

SKUTER SADO TERBARU : YAMAHA TMAX 560