in

HELI WORK: BENGKEL ‘SPESHELIS’ BENELLI RFS 150i DI LEMBAH KLANG.

Benelli RFS 150i dilancarkan sekitar 7 tahon nan silam, dan beberapa tahon lepas tu keluar pulak adeknya yang diberi nama Benelli R18i. Keduanya adalah Kapcai keluaran MForce Bike Holdings yang mendahului pencabar2 lain dalam teknologi pada bahagian enjinnya, dimana ianya menggunakan 3 Plug.

Tapi disebabkan ianya brand baru dipasaran Malaysia, ianya agak kurang femes la sikit kalau nak banding dengan jenama2 Jepon. Biasalah, market Malaysia nih lebeh tertumpu pada jenama2 Jepon berbanding yang lain, dan kehadiran Benelli RFS 150i pada ketika itu hanya dipandang oleh Raider2 Pemberani saja. Dan… antara Raida2 Pemberani ketika itu, salah sorangnya adalah Insan Heli lah (Heli Work).

Menurot Insan Heli, dia dapat infromasi pasal jentera jenama Benelli ni di internet. Bila dia baca spesifikasi motor tu, dia agak tertareklah pulak dengan head jentera tu yang menggunakan 3 spark plug. Itu agak rare dan aneh lah, dan jentera Benelli jugak dipasangkan siap2 dengan fork depan jenis terbalek, dah nampak macam motor Racing dah katanya. So, dia pon order motor tu, tapi dekat 4 bulan jugak baru dia dapat memilekinya. Dok ingatkan jenama Jepon aja yang kena tunggu lama, Benelli pon kena Que lama jugak rupanya.

Bila dah lama pakai, dan lenjan kaw-kaw, penyakit pon sampai lah kat motor tu. Bawak gi bengkel, buleh kata semua mekanik tak nak layan, pandang pon taknak. Last sekali, Heli ambik keputosan untok bikin sendiri. Dengan berbekalkan sikit pengalaman dalam bidang pomen motor (dulu dia pernah jugak pomen motor, tapi sekadar ala kadar saja), Insan Heli belajar sendiri baiki motor RFS dia. Hari demi hari dia ‘berkenalan’ dan cuba memahami enjin Benelli RFS 150i tu, dan akhirnya dia menguasai karektor enjin tersebot.

Maka, bermula dari situ lah Insan Heli mula baiki motor Raider2 lain pulak. Ya, semua jenama motor akan ada problem, cuma problem Benelli nih tak ramai pomen nak ambik tau. Sebab tu kalaupon ada bengkel yang terima untok repair Benelli ni, kadang2 tu masalah motor tu akan datang balek. Dia elok sekejap saja, pastu dia jadi balek problem tuh. Ini semua sebab pomen kat bengkel tu tidak paham dan tidak kenal karektor Benelli. Akhirnya, Raida2 (Owner Benelli) nih akan give up dan last sekali jual murah2 motor tu sebab tak tahan dengan problem demi problem. Padahal ianya buleh dibaiki macam motor2 lain jugak, tapi nak buat camna, dah tersalah jumpa pomen.

 

Jadi, hari ini dan saat ini, inshaAllah, kepada Owner2 Benelli RFS yang hatinya kecewa sebab motor selalu problem dan dah mula rasa nak jual murah2, boleh la ubah fikiran tu. Kita dah ada pomen yang betol2 buleh setelkan problem motor Lu Orang, dengan kos yang amat2 ‘buleh dengar’ bak kata Insan Heli. Mungkin ada yang agak ragu2, bila dah tak ramai pomen speshelis untok Benelli nih, harga servis dia pon akan mencanak tinggi lah kan? Janganlah risau dan gondah golana, InshaAllah Insan Heli bukan jenis ambik kesempatan punya. Orang dok ambik kesempatan kat dia ada lah heh!

Okay, Bengkel Insan Heli nih terletak disebuah kampong bernama Kampong Pandamar, Klang Selangor. Boleh Wassap dia dulu untok booking slot sebab dia buat kerja pomen2 nih secara part time (tapi dah nampak macam nak full time dah tu haha). Dan kepada Raida2 kat luar sana yang rasa down sebab motor ashik sakit tak semboh2, maka inilah ‘solushen’ yang ada untok Lu Orang cuba terai test. Wassap Insan Heli ditalian : +6012 636 2567.

Semoga Singha-Singha Teros Bersidang,

Rock N Ride Nohhh!

 

 

Minyak Pelincir Keluiaran Tempatan jenama MYL. Botolnya unik dan mesra pengguna, harganya berpatotan. Berminat sila kontek Insan Heli.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SUZUKI VSTROM 800DE (RM60,800) & SUZUKI GSX-8S (RM 50,800) KINI RASMI DIPASARAN MALAYSIA!

BRIXTON CROMWELL 1200 :SEKOLAH LAMA GAYA BARU!