in

HEAD ENJIN SYM VF3i RETAK APA SEBAB PROBLEMNYA?

Enjin Stendet Terlalu Padu? Atau Ada Toyol Tambahan?

Vairel (ayat asal: Viral) terok baru2 ni pasal head enjin motor SuperMoped SYM VF3i. Pihak Majalah Kapcai sendiri dok tumpang baca komen dan kenen serta konen dari netizen dalam negara termasoklah dari luar negara. Yelahhh.. musim kovid durjana nih, semua pakat tumpu kat dunia maya/internet aja lah. Nak ride dah tak boleh cross country lagi, ride dalam Fesbuk lah.

Memang kes head retak ni agak merisaukan, bukan saja owner2 SYM VF3i yang risau, MForce Bike Holdings selaku pengeluar motor tu lagi lah ghaplah jingga dibuatnya. Sudah lah namanya maseh baru di Malaysia, tetiba ada isu pulak dengan bahagian head enjin, salah satu bahagian terpenting untok sesebuah motorsikal.

Bila dah vairel isu nih, maka Tim Majalah Kapcai terpanggil untok membuat kajian, siasatan dan pembacaan yang agak teliti (baca komen2 di Fesbuk lah). Antara jawapan2 yang kami dapat dalam siasatan tersebot adalah, kes head enjin retak/crack ni bukanlah terjadi kepada majoriti jentera SYM VF3i. Ianya adalah kes2 yang terpencil, dan berkemungkinan besar terjadi dari projek modifikasi/bikin enjin. Mungkin ada unsor2 tanam toyol kat dalam enjin, maka efeknya terjadi kat head. Maklomlah, Supermoped VF3i ni enjinnya power, getaran/body shaking agak tinggi nak nak lagi masa time full throttle, dan bayangkan kalau enjinnya pulak dibikin sesuatu, kompom lah ada efek kat head.

Tapi bagaimana pulak untok kes enjin yang stendet tapi head nya crack jugak? Ya.. ini kita kena akui ada berkaitan dengan kualiti produk itu sendiri lah. Sememangnya pehak kampeni pengeluar motor ini dah ambik maklom pasal isu ini. Memang depa akan bikin R n D lah untok keluaran2 di masa depan.

Jadi, kalau owner motor menghadapi masalah head crack ni, apa yang perlu depa buat? Okay, bagi owner yang maseh ada waranti, sila pi ke MForce Bike Shop terdekat untok claim waranti. Kalau waranti dah habis? No problem, bawak aja ke MForce Bike Shop/One Stop Centre terdekat. Proses penukaran head yang retak tu akan dilakukan dan akan kena bayaran lah, tapi kemungkinan akan ada sikit diskaun.

Kesimpolannya, isu ni ada pro dan kontra lah. Kes head crack ni agak bagus jugak di vairelkan. Sekurang kurangnya ianya akan memberi satu signal kepada pehak kilang pengeluar agar lebeh teliti dalam penjagaan kualiti produk dimasa depan. Yang kontradikshen nya dalam isu ni adalah, ianya divairelkan seolah2 kesemua jentera SYM VF3i yang berada diatas jalanraya hari ini sedang mengalami problem head enjin crack. Itu memang melampau sangat lah. Kes sebegini hanya seperti setitek nila dalam satu belanga susu.

Kepada pemilek2 jentera Kapcai diluar sana, ketahuilah bahawa kita semua bersaudara, tak ada lebeh tak ada kurang dalam minat kita main motor nih. Dan tak ada motor yang sempurna takde problem. Minat motor A, beli lah. Minat Motor B, C atau K sekalipon, beli lah. Usahlah nak klaim motor Aku hebat, Motor kau koman. Motor aku tahan lama, motor kau cap ayam. Kalau kat Fesbuk bukan main karan lagi dia punya maki. Harap2 boleh berentilah buat macam tu Nohhh.

Ehhh brader.. jangan buat2 lupa yang kita pernah berkumpol sekali dibawah jembatan Haiwey time hujan lebat! Motor Lu (jenama Jepon) dan Motor Gua (jenama China) serta motor kawan2 yang lain yang berbagai jenama sanding sebelah menyebelah, dan kita semua saling hembos asap sambil tersenyom menunggu hujan berenti…

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BANGSAL LEBAH CUBCROSS TRACK DAY 2021 PATOH SOP

BENELLI R18i 174cc: SI MATA HELANG KEMBALI MENYERANG !