in

Gathering BELL Helmet USA

Sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 62, satu gathering buat julung kalinya diadakan untuk pemilik-pemilik Bell Helmets USA. Perhimpunan ini diadakan di Cherating, Pahang pada 31 Ogos 2019..

Gathering Bell Helmet ini dianjurkan oleh Group Velocity Racing dan mendapat sokongan daripada kelab serta rider-rider yang lain…

Cherating menjadi lokasi pilihan untuk gathering kali ini kerana lokasinya yang menarik dan startegik di mana ia menjadi arah tuju buat rider-rider apabila tiba hari kemerdekaan untuk ride ke sini.. Atas sokongan rider-rider semua sepakat memilih Cherating lokasi untuk berkumpul. Kehadiran rider-rider dari Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Selangor, Johor dan Kuala Lumpur sungguh meriah apabila masing-masing mempamerkan helmet Bell yang dimiliki..

Gathering ini bertujuan supaya para pemilik dan peminat Bell Helmets saling kenal mengenali dan beramah mesra, bertukar pandangan dan pendapat tentang Bell Helmets ini serta berkongsi sejarah serta kategori Bell Helmets yang telah diwujud dari dulu hingga hari ini.. Dengan adanya gathering sebegini secara tak langsung dapat merapatkan lagi silaturrahim yang sebelum ini mungkin sudah saling kenal mengenali tetapi hanya di dalam , belum pernah bertemu muka dan ada juga yang langsung tak kenal tetapi datang seorang diri demi mencari kawan dan menambah pengetahuan hobi yang diminati mengumpul helmet Bell sebagai koleksi..

Bell Helmet boleh dikategorikan sebagai helmet Vintage kerana kebanyakkan yang menjadi kegilaan rider-rider adalah model-model yang dikeluarkan pada tahun 80an.. Yang lahir tahun 70 hingga 80an mungkin lebih mengenali dan merasai Helmet Bell di pasaran di mana harga mungkin mampu milik dan mudah dicari lagi berbanding hari ni ke arah wawasan 2020 beberapa bulan lagi mungkin sukar nak ditemui malah harganya mula meroket ke bulan.. Hahaha..

Antara model yang menjadi kegilaan rider-rider adalah seperti Magnum LTD, Magnum Super, RT, Magnum 111 dan Mag LTD.. Setiap model mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri yang menjadikan kesayangan buat pemilik-pemilik Helmet Bell..

Disamping itu juga helmet-helmet keluaran Bell Helmets ini adalah hasil buatan tangan yang menjadikan nilai dan mutu sesebuah Bell Helmet ini tak pernah jatuh dipasaran..

Pihak penganjur amat bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan daripada pemilik-pemilik Bell Helmets, peminat-peminat serta group-group yang hadir dalam memberi sokongan pada event gathering kali ini antaranya group BR Generetion dari Terengganu, YCLS Official dan group-group yang lain yang sudi hadir memberi sokongan padu, dengan harapan pada tahun depan event kali ke 2 Bell Helmets Owners Gathering lebih meriah dengan kehadiran semua pemilik-pemilik Bell Helmets seluruh Malaysia.. Teruskan berhubung di mana saja berada agar kita lebih saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bermurah hati dalam berkongsi ilmu tentang Helmet Bell dan sejarah kewujudan di bumi Malaysia ini..

Kita jumpa lagi semua tahun 2020 dalam perancangan 2nd Bell Helmet Owners Gathering 2020 nanti yer.. Yang ada Helmet Bell tu pakat mai la turun support nanti yerrr….

Teruskan rock n ride bersama Bell Helmet korang nohhhhh…

Kita Rider Tiada Beza

What do you think?

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

JT RACING RIDE MERDEKA