in

JT RACING RIDE MERDEKA

Sempena dengan bulan kemerdekaan yang ke-62, memang tidak asing lagi bagi kelab permotoran di Malaysia setiap tahun akan menyambut bulan kemerdekaan dengan perancangan sendiri bersama team masing-masing.. Begitu la dengan team JT Racing yang memilih tempat untuk meraikan hari kemerdekaan kali ini di Melaka bandaraya bersejarah..


Pada 29hb Ogos 2019 iaitu Ahad bermulanya perjalanan kami dari Kuala Terengganu pada pukul 11.00 malam.. Sebanyak 50 buah motorsikal yang terdiri daripada motorsikal jenis RXZ 125Z RR dan Ysuku yang hadir melibatkan diri.. Dalam perjalanan kami menunju ke Melaka, terdapat beberapa buah motor dari team kami mengalami kerosakkan di highway.. Ini memang sudah menjadi lumrah sebagai penunggang motorsikal apabila mengalami kerosakan disetiap perjalanan. Tanpa berlengah masa, kami terus membaiki motorsikal yang mengalami kerosakan agar dapat meneruskan perjalanan seperti biasa..

Pada 30hb Ogos iaitu jam 1 pagi kami baru tiba di Genting Sempah.. Cuaca tengah malam tersebut agak sejuk sekali mungkin dah berada di kawasan bukit yang agak tinggi sedikit disini.. Kami rehat seketika dan makan dahulu sebelom meneruskan perjalanan di awal pagi ni ke Melaka.. Perjalanan diteruskan lagi dan kami selamat tiba di Melaka jam 3 petang.. Sebaik tiba saja di sana, kami pon terus check in di Maboha Resort, klebang.. Masing-masing sudah keletihan menunggang motorsikal sepanjang perjalanan dan mengambil sedikit peluang pada waktu petang tersebut untuk berehat dahulu sebelum meneruskan aktiviti nanti..


Pada jam 11 malam kami keluar untuk menyambut hari kemerdekaan di Pantai Klebang. Begitu ramai pengunjung dari luar memilih Melaka untuk menyambut hari kemerdekaan pada malam tersebut.. Selain menyambut kemerdekaan di sini, kami dapat meronda di sekitar bandar Melaka yang merupakan terkenal dengan bandaraya bersejarah..
Pada 31hb Ogos pula kami meneruskan aktiviti masing-masing di sana.. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sana seperti aktiviti dalam air mahu pon aktiviti di darat.. Ada juga mengambil peluang yang ada alang-alang dah sampai kota bersejarah ni untuk berjalan-jalan melihat keindahan Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah..

Pada jam 10 malam kami mengadakan acara makan malam dan BBQ.. Kami manafaatkan masa dalam suasana sebegini kerana sekali dalam setahun dapat menyambut hari kemerdekaan dan dapat berkumpul bersama team JT Racing.. Mungkin hari biasa tak seramai dan meriah sebegini.. Acara makan-makan ini selesai sekitar jam 3 pagi..

Pada 1hb september 2019 jam 8 pagi kami bersiap-siap untuk sesi bergambar sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Terengganu. Sebelom nak bergambar ni, kena la pi makan dulu baru muka ceria, hati senang nak bergaya nanti.. Kalau perut lapar muka ketat buat rugi jer bergambar jadi tak cantik dan tak menarik untuk buat koleksi simpanan.. Dah selesai makan sekitar jam 9 pagi kami memulakan acara sesi bergambar di Taming Sari dan kapal.. Ni la kawasan simbolik apabila bergambar di sini pasti mereka yang melihat boleh meneka lokasi tersebut… masing-masing tak melepaskan peluang untuk bergambar bagi meninggalkan kenangan bersama JT Racing merdeka 2019 di Melaka ini.. Selesai sesi bergambar ni, kami teruskan bergerak pulang..


Sekitar jam 12 tengahari kami tiba di RnR Seremban untuk makan tengahari.. Berehat seketika dan mengisi perut dahulu kerana perjalanan masih jauh lagi.. Selesai makan, tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan yang penuh suka dan duka bersama sahabat.. Pada jam 4 petang kami rehat di Temerloh dan dah lalu sini tak akan melepaskan peluang makan nasi dengan menu ikan patin masak tempoyak.. Sesiapa saja kalau dah lalu sini memang tak melepaskan peluang punya bagi menikmati ikan patin Temerloh ni.. Seterusnya kami meneruskan lagi perjalanan pulang ke Terengganu.. Dalam perjalanan pulang ada beberapa buah motorsikal yang rosak di Temerloh.. Kami saling bantu menbantu membaiki dan segera meneruskan perjalanan pulang..

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Ajil, Terengganu jam 8 malam.. Terima kasih pada semua atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang ride pergi dan pulang.. Insha allah kita jumpa lagi di ride akan datang yerr… Teruskan rock n ride bersama nohhhhh…

Kita Rider Tiada Beza

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Gathering BELL Helmet USA

Family Day Apache Paradise Club to Mersing Johor