Lokasinya di tepi jalan utama Jalan Ipoh, KL (jalan nak ke GIVI Point Jalan Ipoh, betol2 berhadapan dengan Hotel Dynasty KL, search Hotel Dynasty KL kompom jumpalah Dynorace ni), dan sudah beroperasi selama 3 tahon dengan sangat berjaya. Diterajui oleh seorang aktivis permotoran merangkap Team Manager/Penasehat pasukan racing Cubprix yaitu brader Azmi Mansor, premis ini menyediakan servis terbaik untok sapa2 yang nak buat ujian Dyno. Perlu Gua ingatkan bahawa, servis disini hanya untok Dyno Motorsikal kelas 250cc kebawah sahaja.
Setelah beroperasi lebeh kurang 3 tahon nan silam, Dynorace kini sudah glemer dan femes buat kaki-kaki modified Kapcai. Di Dynorace nih, Azmi sangat menitikberatkan segala benda2 teknikel demi mendapatkan satu tune yang sempurna. Dari aliran udara dalam bilek Dyno, suhu bilek serta beberapa lagi hal2 teknikel yang Gua haram tak paham bila dia terangkan, memang patot sangatlah hasil Dyno dari dia membuatkan kastemer (Ayat Asal:Customer) senyom bercampor eksaited. Masa Gua kat kedai dia haritu, Gua boleh nampak dengan jelas aksi ataupon perasaan Kastemernya selepas motornya siap di Tune oleh Azmi. Gua memang dah perasan reaksi brader tu masa sebelom motor masok kedalam bilek Dyno, memang nampak dia agak sangsi2 dan buat muka macam tak konfiden. Maklomlah, sebelom dia datang kedai Dynorace ni, dah banyak kedai dah di pegi dan hasilnya amat menjengkelkan. Jadi, kedai Azmi ni kira last kedai la kot dia terai. Jikalau pishang jugak, mungkin dia akan melepas geram dengan menumbok muka tikus di belakang restoren mamak berdekatan kedai Dynorace nih. Ya.. itulah perasaan brader tu pada ketika sebelom motornya masok bilek Dyno. (camna Gua tau perasaannya? Heh..Gua ini ada ijazah kelas pertama dan mendapat 4 pointer anugerah dekan dalam bidang Saikologistik Bawangtroponus tauuuuu…).
Dan setelah siap Dyno, wajah brader tu seperti bercahaya, senyumannya bercampor baur dengan perasaan ghairah seolah baru lepas akad nikah dimalam Jumaat, dan kisah selebehnya biarlah menjadi satu kenangan paling indah dalam hidop brader tu.
Menurot Azmi, untok setiap sesi Dyno nih, dia cuma kenakan Kos sekitar RM180-250 saja. Tambahnya lagi, mesin Dyno dikedainya adalah mesin dari Itali, dan memang dia serabot perot sangat2lah diawal permulaan dulu sebab mesin tu terlalu teknikel serta diset-up dengan bacaan detail. Agak makan dua tiga bulan jugak dia explore mesin tu, dan akhirnya dia mendapat pemahaman secara total dan kini, Azmi telah menjadi Dealer untok mesin tu di Malaysia. Setakat ni, 4 buat mesin tersebot telah berjaya dijual. Respek!
Selain menjalankan servis Dyno nih, Azmi jugak adalah orang penting dalam Team Cubprix Yamaha CKJ Racing. Kalau yang follow Cubprix tahon lepas dan tahon sebelomnya memang tau lah pencapaian Tim Yamaha CKJ Racing tu Nohhh! Tim Champien tu oyeahhh!
Okay, kalau Lu Orang buntu cari kedai Dyno, buleh coba terai test kat Dynorace nih. Oh ya, berita baik untok Raider2 yang pernah pergi situ, lepas ni kedai ni akan pindah ke sebuah kedai baru dan kedai tu hanya selang dua buah kedai aja dengan kedai yang sekarang nih. Bangunan yang sama jugak, cuma kedai yang baru ni lebeh best sebab luas dan selain buat Dyno, kedai ni jugak akan menyediakan servis bukak enjin modified serta jualan part2 racing Nohhh!
Selamat Maju Jaya buat Azmi dan Dynorace, nanti kita pi review lagi sekali bila dah masok kedai baru Nohhh!
FB Dynorace : https://www.facebook.com/dynoracemalaysia
Comments
Loading…