in

BANGSAL LEBAH CUBCROSS TRACK DAY 2021 PATOH SOP

Sawah Bendang Lunyai Dibajak Kapcai Rezibel!

Pandemik Covid 19 bukanlah penghalang bagi komuniti Kampong Bangsal Lebah Perlis untok menganjorkan sebuah acara Resing bertaraf Nasional. Walaupon ianya dibuat didalam sebuah kampong, trek pon dibuat dalam sawah bendang saja, tapi semuanya dibuat secara ikot buku. Kelaparan, kedahagaan dan keghairahan terhadap perlumbaan offroad telah membuatkan komuniti Kampong Bangsal Lebah bekerja keras untok menjayakan acara ini. Alhamdulillah ianya telah saksess!

Race Cubcross di kampong Bangsal Lebah ni bukanlah asing sangat pada pengikot2 Cubcross wilayah Utara. Racing Cubcross di Bangsal Lebah ini dah banyak kali dibuat sebelom ni. Cuma, tahon 2020 dimana dunia termasok negara kita dilanda Covid19, race di Bangsal Lebah jugak terpaksa ditiadakan. Masok 2021, sempena musim timor (di negeri Perlis, musim Timor merujok kepada musim kering, bermula penghujong November hinggalah awal April setiap tahon) dan kebetolan di Perlis diletakkan dalam kategori negeri PKPP, maka ada lah sikit ruang untok diadakan acara Racing nih. Maka, komuniti pendudok Kampong Bangsal Lebah telah membuat satu surat mintak permit Polis untok bikin acara race nih. Awalnya, surat tersebot tidak lulos, kena rijek. Tapi disebabkan jiwa yang dah tak tenteram akibat lama tak racing, depa buat lagi sekali surat permohonan dan kali kedua nih nampaknya membuahkan hasil Nohhh!
Maka, 4 April 2021 telah dipileh untok dibikin acara paling karan ni Oyeahhh!

Hanya 3 kategori dipertandingkan yaitu CKD, CUBCROSS STANDARD dan CUBCROSS OPEN. Disebabkan kedahagaan pada Racing yang tertanggoh kira2 setahon lebeh, maka penyertaan dihari pertandingan amatlah diluar jangkaan penganjor. Untok kategori Cubcross Standard dan Open, hampir2 100 bijik motor yang masok! Pihak penganjor terpaksa membahagikan 3 kumpolan untok setiap kategori. Mana boleh nak lepas race sekaligus. Sistem pertandingan jugak diubah dimana akan ada kumpulan yang akan race kalah dengan kalah dan menang dengan menang. Bagi kategori CKD pon not bad jugak. Berpuloh bijik jugak yang daftar. Ada satu kategori dinamakan sebagai King Of The King, dimana kategori tersebot adalah untok mencari Raja litar Bendang tersebot. Raider2 yang dipileh dalam kategori nih adalah Champion2 untok 3 kategori utama yaitu Champion CKD, Champion Standard dan Champion Open. Semua Raider2 tu akan race dengan jentera Cubcross Standard saja untok kategori nih. King yang menang akan bawak pulang satu piala pusingan. Maknanya tahon depan King tahon ni kena bawak semula lah piala pusingan tu. Kena pertahankan lah Nohhh!

Trek dalam bendang ni dia punya panjang keselurohannya sekitar 1 KM saja. Trek ni dibuat dengan mengambil contoh trek dari Siam. Ada beberapa jump yang agak teknikel, paling teknikel adalah jump selepas starting point. Bila semua raider berpusu pusu nak ke depan, masok aja trek teros jumpa jump starting/finishing nih. Ini adalah jump paling tinggi di trek tersebot. Kalau silap masok, kompom berterabor punya lah. Tapi Gua tabik kat semua raider2. Kat situ macam tak dak problem pon. Dan sebagai pemberitahuan, kes2 Raider terbabas atau tersangkot sesama sendiri dalam race nih buleh dikatakan amat sikit. Semua Raider tak kira apa kategori pon seolah2 berada didalam kelas Pro semuanya. Cuma ada sorang aja Raider dalam kategori CKD. Dia ni memang menghiborkan. Aksi2 dia yang try hard untok jadi Maikel Jeksen telah mendapat sorakan gemuroh daripada penonton. Rasanya kalau ada anugerah Raider yang paling banyak terbabas, kompom dia akan dapat anugerah tu. Walaupon menjadi Raider yang paling banyak terbabas, dia tetap berjaya menghabiskan kesemua lap.

Menurot Adam selaku wakil penganjor, Race kali ni dibuat dengan bajet komuniti sendiri dan dibantu oleh beberapa penaja. Motorex (jenama minyak pelincir), ESR (performance parts), Remus adalah antara penaja yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Adam jugak berterima kaseh buat semua pendudok Kampong Bangsal Lebah terutama tuan ampunya sawah bendang yang sudi bagi guna sawah dia tu. Selain itu, kehadiran penonton jugak sangat diluar jangkaan. Sebenarnya, acara nih adalah dihadiri oleh Raider2/motor didalam negeri Perlis saja. Sempadan setiap negeri maseh belom boleh direntas. Walaupon hanya Raider2 dalam Perlis saja yang join, jumlah pendaftaran dah 100 bijik motor dah. Bayangkan kalau sempadan dibukak. Rasanya senget sebelah kampong Bangsal Lebah hari tu heh!

Okay, ini adalah acara penutop sebelom kita semua menyambot Ramadhan 2021. Sampai jumpa lagi di acara Cubcross Bangsal Lebah tahon depan. Doakan Covid segera habeh dan kita boleh all out buat kerja dalam industri permotoran tanahair. Tahniah kepada semua yang terlibat. Rock N Ride Nohhh!

Nota: Kalau ada event Cubcross lepas raya nih, sila inform kat krew kami. InshaAllah kalau ada rezeki kita akan turon bikin liputan Nohhh! Boleh wassap kat nombor nih : 012 5575 063.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

RetroCubprix: YAMAHA SS2 TEAM BP CHEE SENG

HEAD ENJIN SYM VF3i RETAK APA SEBAB PROBLEMNYA?